BAYAN LEPAS: Beberapa pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang mengadakan perhimpunan aman di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, di Bayan lepas, hari ini, meskipun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Perhimpunan yang berlangsung selama 20 minit selepas solat Jumaat itu bagi mendesak kerajaan membenarkan jemaah menunaikan solat dalam keadaan saf yang rapat.
Menurut jurucakap Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Azmi Jaafar, perhimpunan diadakan bersama Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang selepas mengambil kira beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) seperti kebenaran rentas negeri, pembukaan semula pusat beli belah dan lain-lain.
"Hari ini kita beri tekanan kepada kerajaan untuk pastikan benda ini dikaji semula untuk rapatkan saf seperti biasa. Kalau benda lain boleh biar (kelonggaran) seperti pergi melancong, hadir perlawanan bola sepak di stadium, jadi apa salahnya solat dibenar rapat saf," katanya ketika perhimpunan disertai lima wakil NGO.
Azmi berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan secara mingguan berhubung isu berkenaan.
Katanya, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, minggu depan.
Pada Khamis, Polis Pulau Pinang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, di Bayan Lepas selepas solat Jumaat .
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Jafri Md Zain ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan meneliti perkara tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya keatas pihak yang menganjurkan perhimpunan tersebut.
Tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012; Akta Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit berjangkit (Pengkompaunan Kesalahan) (Pindaan) (No 11) 2021 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini tular video berdurasi 1 minit 44 saat di laman sosial yang meminta orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu bagi mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) supaya membenarkan jemaah menunaikan solat dalam keadaan saf yang rapat.
Menerusi video berkenaan, seorang individu yang mendakwa mewakili NGO, meminta orang ramai supaya hadir ke perhimpunan itu mengikut SOP yang ditetapkan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Dec 10 2021
Perhimpunan yang berlangsung selama 20 minit selepas solat Jumaat itu bagi mendesak kerajaan membenarkan jemaah menunaikan solat dalam keadaan saf yang rapat. - Gambar/ Astro AWANI
Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Kes penyeludupan: 10 ditahan, pelbagai barangan dirampas
Seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas di Selangor, Terengganu, Sarawak dan Sabah antara 14 hingga 18 Mei lalu.
Ebit Liew tidak berbaju ketika panggilan video - Saksi
Saksi kesembilaan pendakwaan kes gangguan seksual, pendakwah tersohor Ebit Lew mendakwa dirinya sering diganggu secara seksual melalui panggilan telefon.
Ramai jemaah haji dikesan sakit sendi dan otot
Hasil Ziarah Rahmah yang digerakkan Unit Kesihatan Awam, mendapati, sakit sendi dan otot kerana membuat pergerakan jauh untuk melakukan ibadat antara permasalahan dialami jemaah sehingga mendorong pihak fisioterapi turut sama dilibatkan dalam program pendiidkan itu.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Audiologis 20dB Hearing, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter Train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.
Cuba ceroboh istana, dua individu dipenjara dua bulan
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret pada Isnin kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, dalam kejadian 7 Mei lepas.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz
Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan Perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz pada Selasa sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran.
NGO anjur perhimpunan aman desak kelonggaran SOP di masjid
Perhimpunan yang berlangsung selama 20 minit selepas solat Jumaat itu bagi mendesak kerajaan membenarkan jemaah menunaikan solat dalam keadaan saf yang rapat.