awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO disaran daftar dengan NADMA untuk bantu mangsa banjir

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
23/12/2021
10:29 MYT
NGO disaran daftar dengan NADMA untuk bantu mangsa banjir
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Aminuddin Hashim (tengah) pada sidang media khas mengenai situasi terkini keadaan banjir di Selangor di Pos Kawalan Bomba Taman Sri Muda Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin untuk turut sama membantu mangsa banjir terutamanya membabitkan proses pembersihan kediaman akibat bencana itu disaran agar terlebih dahulu mendaftarkan penyertaan mereka dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Aminuddin Hashim, ia bagi tujuan koordinasi agar sebarang bentuk bantuan dapat disalurkan dengan cara yang sewajarnya.
“Saya difahamkan juga banyak NGO yang telah menghubungi kita ujntuk turut sama dalam pasca bencana ini (untuk) mencuci, mengemas, membersih sampah dan sebagainya. Untuk itu kita minta mereka mendaftar di sini ataupun dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Sebab kita nak membuat pengagihan kumpulan-kumpulan agar proses pembersihan iaitu pasca bencana tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan tersusun. Jadi tidaklah satu pasukan berkumpul ramai-ramai di satu kawasan sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media khas mengenai situasi terkini keadaan banjir di Selangor di Pos Kawalan Bomba Taman Sri Muda Shah Alam hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir Selangor: Angka korban mencecah 24 orang - MB
Perbincangan lanjut tambahnya akan diadakan dengan pihak MBSA bagi menyelaras proses pasca banjir di kawasan Shah Alam.
Banyak NGO hubungi NADMA untuk bantu mangsa banjir
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#mati lemas
#NGO
#Pahang
#Perdana Menteri
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan