awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
Presiden Prabowo sambut tahun baharu 2026 bersama mangsa banjir di Aceh
Ambang tahun baharu 2026 diserikan dengan pertunjukan bunga api, acara kerohanian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO gesa hentikan gangguan seksual, lindungi kanak-kanak di sekolah

Bernama
Bernama
27/04/2021
21:07 MYT
NGO gesa hentikan gangguan seksual, lindungi kanak-kanak di sekolah
ENGENDER Consultancy gesa Kementerian Pendidikan segera tangani isu berkaitan gangguan seksual dan melindungi kanak-kanak di sekolah. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: ENGENDER Consultancy, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Pendidikan agar menangani isu berkaitan gangguan seksual dan melindungi kanak-kanak di sekolah.
NGO itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua sekolah diminta untuk menerapkan dan menerbitkan prosedur menangani rungutan yang menyediakan penyelesaian segera dan adil terhadap aduan gangguan seksual.
"Ini perlu mengambil kira suara pelajar; apabila pelajar menimbulkan ketakutan atau kebimbangan, sekolah harus memberi perhatian dan bertindak balas bagi memastikan perlindungan dan kesejahteraan mereka (pelajar).
"Sekolah juga harus bertanggungjawab atas segala persekitaran permusuhan yang wujud, termasuk oleh kakitangannya sendiri.
"Gangguan berdasarkan gender di sekolah perlu dihentikan segera," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyatakan beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ini seperti pemeriksaan haid di sekolah dan pelajar sekolah menengah mendakwa seorang guru membuat gurauan tentang rogol semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan.
Jelasnya, kejadian terbaharu itu menyebabkan pelajar terbabit menerima ugutan rogol daripada rakan sekelasnya, menunjukkan kelemahan sistemik terhadap sensitiviti gender di persekitaran sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#ENGENDER Consultancy
#NGO
#Kementerian Pendidikan
#Kanak-kanak
#pemeriksaan haid
#gurauan tentang rogol
#ugutan rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan