awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Prabowo sambut tahun baharu 2026 bersama mangsa banjir di Aceh

Bernama
Bernama
31/12/2025
21:30 MYT
Presiden Prabowo sambut tahun baharu 2026 bersama mangsa banjir di Aceh
Qodari berkata usaha pemulihan bencana di beberapa wilayah tidak akan menjejaskan pelaksanaan program keutamaan Presiden Prabowo (gambar) pada 2026, memandangkan kerajaan telah mengambil langkah penjimatan belanjawan. - Gambar fail/BERNAMA
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan menyambut kedatangan tahun 2026 pada Rabu bersama penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir dan tanah runtuh di Aceh, menurut Ketua Pejabat Staf Presiden (KSP) Muhammad Qodari, lapor agensi berita ANTARA.
"Presiden akan melawat Aceh dan, insya-Allah, meluangkan masa pada malam ambang tahun baharu bersama rakyat di sana," kata Qodari selepas bertemu Prabowo di Istana Presiden di sini pada Selasa.
Qodari tidak mendedahkan butiran terperinci agenda Prabowo di Aceh, namun mengesahkan bahawa Daerah Bener Meriah akan menjadi antara destinasi yang dilawati.
Dalam pada itu, beliau berkata usaha pemulihan bencana di beberapa wilayah tidak akan menjejaskan pelaksanaan program keutamaan Presiden Prabowo pada 2026, memandangkan kerajaan telah mengambil langkah penjimatan belanjawan.
Beliau berkata kerajaan telah memanfaatkan sumber pembiayaan lain, terutamanya daripada aktiviti penguatkuasaan undang-undang, untuk membiayai program-program keutamaan itu.
"Kami boleh menggunakan dana yang diperoleh daripada pengurusan ladang sawit, usaha antipenyeludupan serta sektor perlombongan," kata Qodari.
Menurut Qodari, langkah-langkah itu bertujuan mengekalkan kemampanan kewangan program keutamaan meskipun terdapat keperluan untuk membiayai usaha bantuan bencana.
Banjir besar dan tanah runtuh melanda Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat pada akhir November 2025 susulan hujan lebat.
Data daripada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) menunjukkan bahawa setakat 31 Disember, angka korban akibat bencana di ketiga-tiga wilayah berkenaan telah mencecah 1,141 orang, termasuk 514 kematian di Aceh.
--BERNAMA-ANTARA
TAG: Indonesia, Prabowo, sambut Tahun Baharu, Aceh, penduduk terjejas
Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Indonesia
#mangsa banjir
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan