awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
Festival kira detik ambang tahun baharu buka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN

Bernama
Bernama
31/12/2025
22:00 MYT
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
MOHD KHALID: Saya berharap permulaan tahun baharu ini akan menjadi pemangkin utama untuk memperbaharui iltizam dan iktikad kolektif kita. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menyeru warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus menghayati tiga fokus utama digariskan agensi itu sebagai teras pelaksanaan tugas sepanjang 2026 bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

Ringkasan AI
  • Ketua Polis Negara (KPN) seru anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menghayati tiga fokus utama agensi itu bagi memastikan keselamatan negara terjamin: teknologi AI, integriti anggota, dan kesejahteraan rakyat.
  • PDRM berjaya menjalankan tugas dengan baik sepanjang 2025, termasuk mengendalikan acara berprestij antarabangsa seperti Asia International Security Summit and Expo (AISSE'25) serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
  • KPN menegaskan komitmen PDRM untuk menjalankan siasatan secara telus, adil, dan berhemah tanpa campur tangan pihak berkepentingan, menegakkan kebenaran demi pencapaian prestasi cemerlang.

Beliau berkata tiga fokus berkenaan ialah mengoptimumkan teknologi moden kecerdasan buatan (AI) dalam operasi penguatkuasan undang-undang, mengukuhkan profesionalisme dan integriti dalam kalangan anggota sebagai benteng terhadap gejala rasuah serta salah guna kuasa, dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.
"Selain itu, kesejahteraan masyarakat dan warga pasukan akan terus menjadi keutamaan selari dengan nilai ihsan dalam prinsip Malaysia MADANI, yang menekankan sifat bertanggungjawab dan empati dengan memberikan tumpuan kepada aspek kebajikan pada segenap lapisan masyarakat demi kemaslahatan bersama.
"Saya berharap permulaan tahun baharu ini akan menjadi pemangkin utama untuk memperbaharui iltizam dan iktikad kolektif kita, seterusnya mengukuhkan perjuangan dengan penuh dedikasi demi mempertahankan kedaulatan negara," katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2026 menerusi kenyataan pada Rabu.
Mengulas pencapaian PDRM sepanjang 2025, Mohd Khalid berkata tahun berkenaan menyaksikan pelbagai peristiwa penting yang menguji kesiapsiagaan dan ketahanan pasukan itu dalam menjaga ketenteraman awam serta keselamatan negara termasuk pengendalian acara berprestij antarabangsa.
Mohd Khalid berkata kejayaan penganjuran Asia International Security Summit and Expo (AISSE'25) dan PDRM Special Dialogue (PSD) adalah manifestasi jelas komitmen PDRM dalam memperkukuh jaringan kolaborasi serta perkongsian amalan terbaik dengan agensi-agensi keselamatan antarabangsa, selain meningkatkan kapasiti pasukan dalam menghadapi ancaman keselamatan di peringkat global.
Beliau berkata kejayaan kawalan keselamatan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober lepas, yang menghimpunkan pemimpin utama dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat adalah cerminan profesionalisme dan kredibiliti PDRM pada mata dunia.
Dalam pada itu, Mohd Khalid menegaskan PDRM kekal komited memastikan setiap siasatan dijalankan secara telus, adil dan berhemah tanpa sebarang kompromi atau campur tangan pihak berkepentingan.
"Ini adalah manifestasi kesungguhan PDRM dalam menegakkan kebenaran, menolak persepsi skeptikal, serta memastikan pencapaian prestasi cemerlang melalui siasatan dan penyelesaian kes yang cekap dan berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Khalid Ismail
#PDRM
#Tahun Baharu 2026
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan