awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO lapor polis, nafi terbabit ganggu gegantung calon PRU15

Bernama
Bernama
09/11/2022
08:05 MYT
NGO lapor polis, nafi terbabit ganggu gegantung calon PRU15
Fuziah Salleh berkata tindakan menampal logo SMSL di gegantung beliau di beberapa jalan utama sekitar bandar Kuantan, adalah perbuatan terdesak segelintir pihak. - Facebook Fuziah Salleh
KUANTAN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) menafikan terlibat dalam mengganggu bahan kempen calon Pakatan Harapan (PH) di Kuantan, yang didakwa ditampal dengan logo NGO itu.
Pengerusinya Tan But Teet berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 10.47 pagi tadi dan berharap tindakan sewajarnya dilakukan bagi mengesan pihak terlibat.
Beliau berkata dakwaan itu boleh menjejaskan integriti dan nama baik SMSL, yang merupakan NGO yang lantang bersuara menentang operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu semasa dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan itu dan siasatan sedang dilakukan.
Calon PH bagi Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata tindakan menampal logo SMSL di gegantung beliau di beberapa jalan utama sekitar bandar Kuantan, adalah perbuatan terdesak segelintir pihak.
"Ini adalah kesalahan pilihan raya. Kita sepatutnya tidak boleh mengusik bahan kempen lawan. Saya harap pihak terlibat bersikap budiman dan kita boleh berdebat secara ilmiah menerangkan fakta atau misi untuk pengundi Kuantan, bukan melalui perbuatan seperti ini," katanya.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang Chan Chun Kuang yang juga calon PH di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu berkata sebuah papan iklan kempen beliau dan lebih 15 gegantung calon PH bagi Parlimen Indera Mahkota Zuraidi Ismail di sekitar Bukit Sekilau di sini, turut ditampal pelekat sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NGO
#Save Malaysia Stop Lynas
#gegantung PRU15
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan