KUALA LUMPUR : Dalam kegelisahan rakyat negara ini berdepan pandemik COVID-19, ada lagi masyarakat yang lebih menderita dengan mengharapkan bantuan daripada pihak lain untuk meneruskan kehidupan mereka.
Peperangan di Yaman memaksa rakyat negara itu bergantung kepada bantuan untuk membina semula kehidupan baharu.
Justeru itu, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dan Kedutaan Yaman hari ini melancarkan kempen bantuan kemanusian untuk meringankan penderitaan mangsa konflik mangsa peperangan di Yaman.
Menerusi kempen itu, Duta Yaman ke Malaysia, Dr Adel Mohamed BA Hamid berharap untuk mengumpul RM4.6 juta untuk membantu 22,000 pelarian yang terjejas yang memerlukan bantuan makanan, perlindungan dan kesihatan.
"Sejak keganasan pada akhir Mac 2015, Yaman kekal menjadi negara yang berdepan dengan krisis kemanusian terburuk di dunia.
"Kesan kumulatif dari konflik lebih enam tahun ini menyebabkan kemerosotan ekonomi dan keruntuhan institusi yang menyebabkan 24 juta atau lebih 80 peratus daripada penduduk negara memerlukan bantuan.
"Lebih teruk lagi kira-kira 13.5 juta penduduk berdepan dengan sekuriti makananan," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Khamis.
Adel Mohame menjelaskan menurut laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) 2020, kira-kira 4.4 juta warga Yaman kehilangan tempat tinggal dengan 73 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.
Menurut IPC pula katanya, hampir 2.3 juta kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Yaman dijangka berisiko kekurangan zat makanan.
"Oleh itu, gabungan NGO dan Kedutaan Yaman di Malaysia dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA), MyCare, Global Peace Mission (GPM), Altawasul, Insan dan masyarakat Yaman di Malaysia menyeru orang ramai turut menyertai misi kemanusian ini," ujar beliau lagi.
Umavathi Ramayah
Thu Mar 25 2021
Dr Adel Mohamed BA Hamid (kiri) berharap untuk mengumpul RM4.6 juta untuk membantu 22,000 pelarian yang terjejas. - Gambar MRA
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Banjir: Sukarelawan berbakti buat mangsa walau diri sendiri terjejas
Bagi sukarelawan meskipun rumah dan barangan sendiri 'ditelan' bah namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu mangsa terjejas termasuk membuka pusat pemindahan segera bagi memudahkan urusan mangsa.
Suami isteri didakwa perdagang tiga wanita ke Yaman
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga wanita tempatan ke Yaman, sejak Mei tahun lepas.
Peluru berpandu dari Yaman jatuh di tengah Israel
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di kawasan terbuka di tengah Israel selepas sebuah peluru berpandu dilancarkan dari Yaman jatuh di kawasan tidak berpenduduk pada Ahad.
Israel serang pelabuhan Hodeidah di Yaman
Serangan dilancarkan sehari selepas dron yang dilepaskan pejuang Houthi menyerang hab ekonomi Israel, Tel Aviv.
Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab
Pejuang Houthi umum serang kapal Maersk Sentosa di Laut Arab dengan beberapa peluru berpandu pada Selasa.
Bot bawa PATI karam di Yaman, 49 maut, 140 hilang
Daripada 260 penumpang bot berkenaan, 145 merupakan warga Ethiopia dan 150 dari Somalia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hujan lebat ragut 4 nyawa, jejas ribuan pelarian di Yaman
Pihak berkuasa kesihatan di wilayah Hadramout melaporkan empat individu maut apabila kenderaan mereka dihanyut arus deras di Lembah Ayeen.
Dewan Pimpinan Presiden Yaman lantik perdana menteri baharu
Dewan Pimpinan Presiden Yaman pada Isnin melantik Menteri Luar Ahmed Awad Bin Mubarak sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.
AS, UK serang lebih 30 sasaran Houthi di Yaman
AS dan UK melakukan serangan itu dengan sokongan beberapa negara lain antaranya, Australia, Bahrain dan Kanada.
Pemberontak Houthi umum serang kapal dagang Amerika Syarikat
Yahya Sarea dalam satu kenyataan memaklumkan angkatan bersenjata Yaman telah menyerang kapal dagang Amerika yang diberi nama 'KOI'.