KUALA LUMPUR: Global Peace Mission (GPM) dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menubuhkan Pusat Kemanusiaan Malaysia (MHC) di Kabul, Afghanistan dalam usaha untuk membantu rakyat di negara yang dilanda peperangan itu.
MHC yang memulakan operasinya 20 Oktober lepas, berfungsi sebagai pusat maklumat dan akan menyelaraskan bantuan kemanusiaan oleh GPM dan MVM atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang lain untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka yang memerlukan di 34 wilayah di Afghanistan, kata Ketua Pegawai Operasi GPM di Kabul, Syahrir Azfar Saleh.
Beliau berkata MHC terdiri lima komponen iaitu menyediakan program vokasional dan bahasa untuk wanita, pusat perkhidmatan kesihatan wanita dan kanak-kanak, klinik bergerak, asrama sukarelawan Malaysia, dan sebuah pejabat pentadbiran bagi merancang dan mengembangkan strategi serta menyelaraskan usaha bantuan kemanusiaan.
"Lima komponen penting MHC memerlukan usaha kolektif daripada organisasi lain yang dapat menawarkan kepakaran mereka dalam bidang berkaitan.
"Kami berharap MHC akan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Afghanistan yang menghadapi kesulitan akibat konflik peperangan yang berpanjangan, masalah ekonomi, dan ketidakstabilan kerajaan baharu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menganggarkan 1,000 penduduk Afghanistan akan memperoleh manfaat dari pusat ini setiap bulan, terutama wanita, anak yatim, keluarga yang memerlukan, dan mangsa peperangan.
Syahrir yang sedang melakukan misi kemanusiaan di Kabul sejak akhir September berkata GPM dan MVM juga mempelawa NGO yang berminat tampil bersama-sama MHC membantu rakyat Afghanistan.
"MHC bukan hanya milik GPM dan MVM.
"Penyelarasan dan maklumat mengenai keperluan di 34 provinsi di Afghanistan sangat penting untuk memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Berfungsi sebagai pusat maklumat, MHC akan menyelaras bantuan kemanusiaan dan memastikan ia sampai kepada mereka yang memerlukan di 34 wilayah di Afghanistan. - Bernama
Niaga AWANI: Pelaburan ESG: Pulangan kewangan dengan impak positif untuk semua
Sempena Minggu ESG Pasaran Modal Malaysia yang akan berlangsung pada minggu depan, Niaga AWANI akan membincangkan bagaimana pelabur boleh menyepadukan ESG, pelaburan lestari, dan pelaburan impak dalam strategi pelaburan serta menghasilkan pulangan yang lestari dalam portfolio pelaburan mereka bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
1.6 juta orang tonton konsert percuma Madonna di pantai Copacabana Brazil
Konsert yang berlangsung pada Sabtu lalu sebagai menutup konsert jelajah dunia "Celebration" penyanyi itu.
Dua lelaki diselamatkan, terperangkap arus deras kepala air
Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan tersebut.
Niaga AWANI: Kenaikan gaji penjawat awam: Apa impak kepada ekonomi
Selepas ditangguhkan beberapa kali dan lebih 12 tahun tiada kenaikan secara formal, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus pasti disambut meriah lebih 1.7 juta kakitangan awam. Bagaimana langkah ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara?
Kupasan lanjut bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
Kupasan lanjut bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
Meta janjikan capaian lebih tinggi untuk pelanggan berbayar Meta Verified
Meta turut mengumumkan dua ciri tambahan untuk para pelanggan perniagaan yang melanggan Meta Verified.
Niaga AWANI: Niaga hadapan MSM diniaga pada kecendderungan meningkat menjelang data tanaman utama dikeluarkan minggu ini
Bagi minggu baru berakhir, pasaran kebanyakannya tinggi berikutan permintaan kukuh dari India.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ringgit dijangka diniaga berhati-hati minggu ini
Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7650/7710 seminggu sebelumnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bursa dijangka diniaga dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat minggu ini
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan serta Pengurus Portfolio Bertauliah di UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata prestasi Apple dan Qualcomm yang meningkat di Wall Street baru-baru ini, dengan pelaburan terbesar Microsoft di Malaysia, dijangka mengukuhkan sektor teknologi di bursa tempatan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Jenayah komersial naik 95.2%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.
NGO tubuh Pusat Kemanusiaan Malaysia di Kabul
Berfungsi sebagai pusat maklumat, MHC akan menyelaras bantuan kemanusiaan dan memastikan ia sampai kepada mereka yang memerlukan di 34 wilayah di Afghanistan.