awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL

Bernama
Bernama
06/05/2024
01:00 MYT
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Yang di-Pertua Dewan Negara, Mutang Tagal kini menerima rawatan perubatan di sebuah hospital, di sini, susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal kini menerima rawatan perubatan di sebuah hospital, di sini, susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan.
Menurut kenyataan pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu dan pulang lebih awal daripada jadualnya.
“Senator mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia dan Azerbaijan yang membantu urusan rawatan beliau di negara itu dan urusan pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas ingatan serta doa untuk kesembuhannya dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada beliau dan keluarga sepanjang tempoh rawatan ini,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.
Mutang mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.
Sebelum menghadiri forum tersebut, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Ilham Aliyev; Perdana Menteri, Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Republik Azerbaijan, Sahiba Gafarova serta menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di negara itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mutang Tagal
#Yang di-Pertua Dewan Negara
#rawatan susulan
#Azerbaijan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan