NGO tuntut penjelasan Selangor, MPAJ berhubung isu jualan tanah Zoo Negara

Noina (tengah) mendakwa MZS telah menjual atau memindah milik beberapa lot tanah milik secara senyap dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu. -Foto Astro AWANI
PETALING JAYA: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menuntut penjelasan penuh berhubung dakwaan penjualan serta pemindahan milik beberapa lot tanah milik Persatuan Zoologi Malaysia (MZS), organisasi yang menguruskan Zoo Negara.
Ringkasan AI
- Beberapa NGO menuntut penjelasan berhubung dakwaan penjualan dan pemindahan milik lot tanah milik Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) yang menguruskan Zoo Negara secara senyap dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu.
- Lot tanah tersebut didakwa telah ditukar kategori guna tanah kepada Komersial dalam RT MPAJ 2035, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kelestarian alam sekitar di Hulu Kelang.
- NGO menggesa Kerajaan Negeri Selangor dan MPAJ memberikan jaminan bahawa baki tanah Zoo Negara akan kekal dilindungi serta mewartakan semula tanah yang telah dijual sebagai tanah lapang.
Tambahnya, selain dijual, lot-lot tanah tersebut juga didapati telah ditukar kategori guna tanah daripada Kemudahan Sukan dan Rekreasi Swasta kepada Komersial dalam Rancangan Tempatan Ampang Jaya 2035 (RT MPAJ 2035) yang baru diwartakan.
Susulan itu, NGO terbabit menuntut agar Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberikan penjelasan menyeluruh mengenai perubahan pemilikan dan status guna tanah berkenaan.
“Kami mahu kerajaan negeri memberikan jaminan kepada rakyat bahawa baki lot-lot tanah Zoo Negara akan kekal dilindungi.
"Tanah yang telah dijual atau dipindah milik pula perlu diwartakan semula sebagai tanah lapang dengan serta-merta,” katanya lagi.
Menurut kenyataan bersama kumpulan itu, tanah yang terlibat melibatkan luas keseluruhan 21.43 hektar, bersamaan dengan kawasan hijau seluas kira-kira 53.6 padang bola sekiranya dibangunkan.
Kawasan berkenaan juga dikenal pasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar serta berisiko tanah runtuh, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan komuniti di sekitar Hulu Kelang.
“Pembangunan di kawasan ini seharusnya terhad kepada aktiviti yang tidak menjejaskan topografi semula jadi serta mengekalkan kehijauan persekitarannya,” tegas Noina.
Selain AJ Rimba Collective, kenyataan bersama itu turut disokong antaranya oleh Global Environment Centre (GEC), Sahabat Alam Malaysia, Environmental Protection Society Malaysia (EPSM) dan RimbaWatch.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami