Niat seorang bapa keluar untuk menunaikan keinginan anaknya berakhir tragedi apabila dia terlibat kemalangan yang meragut nyawanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam semalam dekat Jalan Utama Taman Kelisa Ria, di sini, Roslan Hussain, 48, maut manakala anaknya Nur Qaseh, 4, luka di bahagian mulut selepas motosikal yang dinaiki dua beranak itu bertembung dengan sebuah motosikal lain.
Anak sulung mangsa, Salsabila Roslan, 15, sebak ketika menceritakan kemalangan yang membabitkan bapa dan adiknya.
Menurut Salsabila, Roslan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan diminta Nur Qaseh untuk membelikan aiskrim.
"Baru ja ayah keluar nak beli aiskrim untuk adik, lepas tu ada orang habaq depa kemalangan".
"Lepas makan, ayah dan adik keluar sebab nak beli aiskrim, adik suka aiskrim, selalu ayah beli banyak-banyak simpan dalam peti ais.
"Tapi semalam aiskrim dia habis sebab tu nak pi beli baru," katanya sepertimana dilaporkan Sinar Harian.
Difahamkan, arwah yang suka bergurau kelihatan agak pendiam sejak beberapa hari lalu.
Perkara itu disedari isteri arwah Nuridayu Dolah, 39, di mana Roslan pernah memberitahu bahawa dia tak mahu pergi kerja lagi selepas ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang keluar dari simpang secara tiba-tiba telah terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal lain.
Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku dalam kawasan taman di mana jalan tidak mempunyai sebarang penanda jalan yang jelas.
"Akibat kemalangan, mangsa telah terjatuh dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Sun Jan 27 2019
Roslan (tengah) maut manakala anaknya Nur Qaseh (tengah, depan) luka di bahagian mulut dalam nahas dengan motosikal lain. -Foto Sinar Harian
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
Jelajah Jiwa SME: Aiskrim ikat RM1 kembalikan nostalgia pengunjung
Mula berniaga di pinggir jalan, pemilik kedai Aiskrim Malaysia, Nur Mala Amin kini bersyukur dapat meneruskan operasi di lokasi lebih selesa.
Bekalan elektrik di Gaza dipotong, penjual aiskrim tanggung kerugian
Pemilik kedai barangan runcit berkata mereka terpaksa berhenti menjualnya walaupun mendapat permintaan tinggi pelanggan.
Kegemaran terhadap aiskrim gula apong jadikan suri rumah usahawan berjaya
Gula apong dihasilkan daripada air nira nipah, sejenis pokok palma yang begitu banyak didapati di sepanjang sungai-sungai di Sarawak.
Permintaan tinggi dorong Fatimah mulakan perniagaan aiskrim 'Cedoq'
Pada mulanya dia tidak mempunyai asas atau ilmu untuk membuat aiskrim dan berniaga, namun ia bukan halangan untuk memulakan perniagaan.
7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan
Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan cara membiasakan anak-anak pilih buah-buahan dan tidak makan makanan yang tak sihat.
Niat beli aiskrim anak tidak kesampaian, bapa maut nahas motosikal
Ayah maut kemalangan ketika nak beli ais krim adik
Keunikan iklan 'eskrim' jadi perhatian
Watak utama berpakaian bak wira wirawati dahulukala, tetapi mempunyai kemudahan telefon pintar, selain turut menggunakan aplikasi Google Maps.
Harga naik 35 sen, syarikat pembuat aiskrim Jepun siar iklan mohon maaf
Biarpun kenaikan tersebut melibatkan nilai yang kecil, rakyat Jepun tetap tidak berpuas hati, sekaligus memaksa syarikat berkenaan membuat permohonan maaf.
Kisah pilu seorang gadis & aiskrim nenas buat anda menangis
Ini adalah teknik pengiklanan bagi sebuah organisasi di Thailand. Tetapi, jalan cerita -Short Filem- ini mengisahkan tentang seorang gadis yang hidup susah membantu ibunya meniaga.