awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nickhileswar sasar separuh akhir di Terbuka Remaja Britain

Bernama
Bernama
02/01/2024
15:16 MYT
Nickhileswar sasar separuh akhir di Terbuka Remaja Britain
Pemain berusia 16 tahun itu berkata beliau membuat persiapan rapi untuk membuka kempen kategori bawah 17 tahun lelaki. - Facebook / Squash As Art
KUALA LUMPUR: Pemain muda sedang meningkat naik, M. Nickhileswar meletakkan harapan untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir pada kejohanan skuasy Terbuka Remaja Britain (BJO) di Birmingham bermula esok hingga 7 Jan.
Pemain berusia 16 tahun itu berkata beliau membuat persiapan rapi untuk membuka kempen kategori bawah 17 tahun lelaki, menentang pemain pada pusingan pertama kelayakan di Solihull Arden Club, esok.
Nickhileswar, yang berkemungkinan besar menentang Abdullah Nawaz dari Pakistan pada suku akhir, mengakui kelebihan fizikal dimiliki peserta lain menjadi cabaran buatnya untuk memberikan saingan.
"Saya telah berlatih bersungguh-sungguh dan tahun ini agak susah kerana berjumpa pemain yang lebih besar. Jadi, saya telah meningkatkan latihan kecergasan dan yakin mampu beraksi dengan baik untuk beri saingan sengit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pemain berasal dari Pulau Pinang yang diletakkan sebagai pilihan kelima/kelapan kejohanan itu, berkata setiap aksi di BJO adalah sukar kerana tahap perlawanan yang pantas memerlukan beliau sentiasa waspada.
Nickhileswar, yang membuat penampilan kelima di BJO, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat bagi kategori bawah 15 tahun pada 2023, selepas meraih gelaran kategori bawah 11 tahun pada edisi 2019.
Selain Nickhileswar, Malaysia turut akan diwakili oleh Aqil Mirza Naim Khairil Fariz dan Kreethi Pillay pada undian utama bagi kategori bawah 17 tahun lelaki BJO kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#m nickhileswar
#Skuasy
#terbuka remaja britain
#Birmingham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan