awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Nazmi sahkan pertahan jawatan Naib Presiden PKR, tawar tiga agenda utama

Bernama
Bernama
08/05/2025
13:53 MYT
Nik Nazmi sahkan pertahan jawatan Naib Presiden PKR, tawar tiga agenda utama
Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan tiga agenda utama kepada anggota parti itu dalam usahanya mempertahankan jawatan berkenaan dalam Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan tiga agenda utama kepada anggota parti itu dalam usahanya mempertahankan jawatan berkenaan dalam Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028.
Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata tawaran itu adalah meneruskan program Felo Keadilan untuk melahirkan pemimpin muda berwibawa, memantapkan sistem perkaderan dan pendidikan politik serta menyusun dan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
"Saya ingin mengesahkan bahawa saya akan kekal bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR," katanya yang sebelum ini tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Setiawangsa dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata beliau memohon sokongan semua ahli PKR untuk memberi kepercayaan kepadanya kerana parti itu mesti mengutamakan rakyat dan menampilkan kepimpinan yang berwibawa.
"Saya adalah orang parti dan saya sentiasa meletakkan kepentingan parti serta negara mengatasi segala-galanya.
"Pemilihan kali ini bukan sekadar soal pertandingan, tetapi merupakan amanah besar untuk memastikan idealisme Reformasi terus subur ketika kita sedang diuji dengan kuasa," katanya.
Selain Nik Nazmi, turut menyatakan hasrat mempertahankan jawatan Naib Presiden ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Naib Presiden
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#PRU16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan