KUALA LUMPUR: 'Buaya' ekonomi yang mengambil kesempatan membuat tuntutan palsu bagi memperoleh dana kerajaan, menyebabkan golongan yang sepatutnya mendapat manfaat terpinggir dan ekonomi tidak dapat berkembang seperti dijangka.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, nilai integriti dilihat semakin pudar dalam segelintir syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membantu kerajaan menerusi penyaluran dana atau bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Beliau berkata, kerajaan menyediakan dana seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), yang bertujuan membantu rakyat yang terkesan akibat tekanan ekonomi sepanjang pandemik COVID-19.
"Golongan buaya ekonomi telah mengambil kesempatan secara terang-terangan, dengan membuat tuntutan palsu bagi memperoleh dana yang disediakan oleh kerajaan untuk kekayaan sendiri.
"Inilah sikap buaya-buaya ekonomi di skala kecil dan sederhana, nilai integriti semakin pudar dan tamak haloba menjadi budaya, kesannya, golongan pekerja dibuang, mahasiswa menganggur, peniaga-peniaga yang sepatutnya menerima faedah serta bantuan, dipinggirkan begitu sahaja dan terpaksa menutup perniagaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Khusairi berkata, ketirisan dana berkenaan berlaku akibat beberapa faktor, antaranya kelemahan dalam proses semakan terhadap ketulenan maklumat yang menyebabkan beberapa syarikat yang dimiliki orang sama membuat tuntutan, isu darurat (kecemasan) digunakan sebagai alasan untuk tidak membuat 'due diligence' terhadap pemohon.
Beliau berkata, selain itu, kerajaan juga tiada mekanisme jelas untuk memantau program atau aktiviti yang sedang dijalankan, untuk memastikan ia benar-benar dilaksanakan dengan jumlah peserta yang tepat dan tiada peraturan dan undang-undang jelas untuk diambil tindakan terhadap pemohon seperti senarai hitam, saman sivil dan tuntutan semula, dana yang tidak dibelanjakan.
Ahmad Khusairi berkata, hasil kerjasama antara SPRM dan agensi serta kementerian terlibat, seramai 133 individu terdiri daripada pemilik dan pengarah syarikat telah ditahan dan lebih 100 syarikat disiasat melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM194 juta dalam operasi khas tahun lepas dengan 34 pemilik atau pengarah syarikat telah didakwa di mahkamah.
"Pada 2023 ini SPRM akan memberikan tumpuan terhadap isu ketirisan dan penyelewengan dana dalam sektor sumber manusia, kebajikan, automotif, pendidikan dan pengajian tinggi, penternakan, pertanian serta perladangan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Pada 2023, SPRM akan memberikan tumpuan terhadap isu ketirisan dan penyelewengan dana dalam sektor sumber manusia, kebajikan, automotif, pendidikan dan pengajian tinggi, penternakan, pertanian serta perladangan.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Nilai integriti semakin pudar, 'buaya ekonomi' secara terangan lakukan tuntutan palsu - SPRM
Tamak haloba menjadi budaya 'buaya-buaya' ekonomi dan mengakibatkan golongan yang sepatutnya dapat faedah terpinggir.