KUALA LUMPUR:Kompaun dan denda bagi kesalahan individu atau syarikat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dinaikkan dalam Ordinan Darurat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang menggubal hukuman lebih berat melalui ordinan berkenaan berikutan masih ramai yang gagal mematuhi SOP mengekang penularan COVID-19 ketika ini.
Jelas Ismail Sabri, melalui pelaksanaan Ordinan Darurat tersebut, individu yang dihadapkan ke mahkamah akan dikenakan denda yang lebih tinggi berbanding sekarang.
“Jadi saya harap rakyat tidak perlulah sehingga diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana disiplin diri yang paling penting.
“Maka, tuan-tuan perlu patuh kepada setiap SOP yang dikeluarkan kerana SOP yang dikeluarkan bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi memastikan kesihatan tuan-tuan dapat dijaga dengan baik,” katanya dalam sidang media, pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri menambah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 494 lagi individu atas kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara
Daripada jumlah tersebut, seramai 464 individu telah dikompaun sementara 29 direman dan seorang dibebaskan dengan jaminan polis.
Kesalahan tersebut termasuk tidak memakai pelitup muka, merentas negeri tanpa kebenaran serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Mengenai Op Benteng pula, Ismail Sabri berkata, 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap, manakala dua kenderaan darat dirampas.
Dalam operasi itu, turut dikesan 110 bot dan kapal berada di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan.
Hasimi Muhamad
Thu Jan 28 2021

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan ordinan tersebut dibuat berikutan masih ramai yang gagal mematuhi SOP yang dilaksanakan, ketika ini.

Runtuhan Lombong | Lima masih hilang, operasi pencarian diteruskan
Beberapa individu tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong haram di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Khamis. Dalam kejadian yang berlaku di daerah Parigi Moutong di Sulawesi Tengah, 15 individu berjaya diselamatkan. Tiga bagaimanapun menemui ajal.

Bakat Luar Biasa | Harimau menyanyi jadi tarikan orang ramai di zoo
Seekor anak harimau di sebuah zoo di bandar Barnaul, Siberia kini mempunyai peminat di seluruh rusia apabila sebuah video seolah-olah haiwan itu menyanyi tersebar di media sosial. Menerusi paparan video itu, harimau berusia 10 bulan itu mengeluarkan alunan suara unik seakan-akan menyanyi.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

No To Lanun | Kehidupan seniman patut lebih senang jika…
Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan. Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya.

Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada keperluan untuk menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Barisan Nasional | MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kebakaran Hutan | Kawasan hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat Kampung Chindu terbakar pada petang Khamis. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang.

Vaksin COVID-19 | Tiada kesan sampingan setakat ini - PM
Memasuki hari kedua sejak mendapat suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keadaannya setakat ini baik-baik sahaja. Malah, tiada kesan sampingan dan membuktikan vaksin yang diterima selamat dan diyakini berkesan.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respon Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan itu turut akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Pekerja Asing | 294 majikan di Kedah gagal sedia penginapan sesuai
Seramai 294 majikan di Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam operasi taskforce COVID-19. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

PKPD di tiga lokaliti di Besut ditamatkan - Ismail Sabri
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu akan ditamatkan pada 27 Februari ini.

Lima fokus utama sidang media Ismail Sabri hari ini
Seramai 460 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, 388 daripadanya dikompaun manakala 70 lagi individu direman dan dua dijamin.

Vaksin COVID-19: Simulasi di Tatau, Bintulu berjalan lancar
Simulasi program vaksinasi di Tatau yang dijalankan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu berjalan lancar.

Tidak perlu surat rentas daerah, negeri hantar anak ke asrama - Ismail Sabri
Ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.

Empangan Mengkuang dan tiga lagi lokasi rekreasi dibuka mulai esok
Had kemasukan pengunjung untuk berekreasi ditetapkan dalam jumlah tertentu untuk menjaga SOP penjarakan fizikal.

231 individu dikompaun, 22 direman ingkar arahan PKP - Ismail Sabri
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 253 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Balai Polis Ampang diaktifkan semula hari ini, selesai sanitasi
Sebelum ini 11 anggota balai berkenaan disahkan positif COVID-19.

Norma baharu warga Malaysia di Jepun
Penulis berkongsi kisah pahit manis mengharungi pandemik ketika berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara, sahabat dan rakan taulan di tanah air.

MHL diteruskan walaupun kos dijangka cecah RM2 juta - KHM
Peningkatan kos berlaku kerana pihaknya perlu mengikut SOP yang ketat, termasuk konsep gelembung sukan saingan liga yang dijadualkan bermula 11 Mac hingga 3 April ini.