GADGETS
Nilai pasaran Alphabet cecah $3 trilion, kini antara empat syarikat paling bernilai dunia

Alphabet menjadi syarikat keempat dunia melepasi nilai pasaran $3 trilion selepas peningkatan saham Google. -Foto Amanz
PENINGKATAN nilai saham sesuatu syarikat turut sekali gus membawa kepada peningkatan nilai syarikat tersebut secara keseluruhan.
Ringkasan AI
- Alphabet menjadi syarikat keempat dunia melepasi nilai pasaran $3 trilion selepas peningkatan saham Google.
- NVIDIA kini bernilai lebih $4 trilion, didorong oleh permintaan tinggi terhadap cip AI.
- Keputusan mahkamah yang memihak kepada Google dalam isu monopoli menyumbang kepada lonjakan nilai saham dan pengguna AI Google.
Untuk makluman, NVIDIA kini bernilai lebih $4 trilion, selari dengan perkembangan arena kecerdasan buatan yang bergantung kepada cip keluaran NVIDIA.
Google sebelum ini telah berjaya mengelak syarikat mereka perlu dibahagikan atas dasar monopoli, sekaligus membolehkan mereka terus beroperasi termasuk memiliki pelayar web Google Chrome seperti sebelum ini.
Kini, selari keputusan mahkamah, nilai saham Google terus meningkat – apatah lagi dengan penawaran kecerdasan buatan Google juga turut mula menerima angka pengguna tinggi dari hari ke hari. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami