awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar

Bernama
Bernama
08/02/2025
10:16 MYT
Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar (kiri) berkongsi gambar bersama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (tengah) di Facebooknya pada Sabtu sempena mengenang ulang tahun keputeraan Perdana Menteri Malaysia pertama. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Bapa Kemerdekaan negara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
Anwar menerusi hantaran di Facebook sempena mengenang ulang tahun keputeraan Perdana Menteri Malaysia pertama itu hari ini berkata beliau bertekad meneruskan perjuangan negarawan ulung berkenaan demi negara yang lebih sempurna serta makmur buat semua.
Beliau berkata nama Almarhum tidak hanya terukir dalam sejarah sebagai Bapa Kemerdekaan Negara, sebaliknya sebagai simbol kesepakatan dan perpaduan yang menyatukan pelbagai kaum dalam satu identiti nasional yang harmoni.
Anwar berkata keghairahan Almarhum dalam memastikan negara ini kekal aman dan harmoni harus terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia terutama dalam menghadapi cabaran masa kini.
"Sumbangan Almarhum Tunku pastinya akan menjadi inspirasi untuk menjunjung nilai-nilai perpaduan dan keamanan yang telah membentuk kesatuan negara kita.
"Semoga legasi Almarhum Tunku terus menjadi panduan dalam usaha kita membina negara yang lebih baik untuk generasi mendatang," katanya.
Anwar (kanan) berkongsi gambar bersama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Facebooknya pada Sabtu sempena mengenang ulang tahun keputeraan Perdana Menteri Malaysia pertama.
Perdana Menteri turut mendoakan roh Almarhum Tunku Abdul Rahman dilimpahkan sebesar-besar ganjaran ihsan dan rahmat Allah SWT.
Tunku Abdul Rahman yang diputerakan di Alor Setar, Kedah pada 8 Feb 1903 menjawat jawatan Perdana Menteri yang pertama bermula 31 Ogos 1957 hingga 22 Sept 1970.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Kerajaan Madani
#integriti
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan