awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NIMP 2023 bakal jadikan Malaysia negara industri berteknologi tinggi - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2023
09:28 MYT
NIMP 2023 bakal jadikan Malaysia negara industri berteknologi tinggi - PM Anwar
Anwar berkata, NIMP 2023 tidak akan tertumpu kepada satu-satu sektor sahaja, sebaliknya ke arah mencapai matlamat dan misi yang memberi ruang kepada anak muda menerokai bidang pekerjaan baharu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang akan dilancarkan pada 1 September ini bakal menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NIMP 2023 juga tidak akan tertumpu kepada satu-satu sektor sahaja, sebaliknya ke arah mencapai matlamat dan misi yang memberi ruang kepada anak muda menerokai bidang pekerjaan baharu.
"NIMP 2030 yang akan dilancarkan dua hari lagi ini, bukan seperti pelan perindustrian yang biasa.
"Ia memberi tumpuan terhadap anjakan supaya tidak hanya memutuskan kepada sesuatu sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia negara industri dengan teknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 di sini, pada Rabu.
Perdana Menteri menambah, transformasi digital dalam industri bukan sahaja dapat mengembalikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul tetapi akan meningkatkan keupayaan negara.
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan melaksanakan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) sejurus selepas pelancaran NIMP 2023.
Katanya, kajian itu bukan sekadar menilai perencanaan awal, tetapi juga membuat pengubahsuaian dan anjakan supaya pembangunan negara terus mampan.
Amanat Perdana Menteri sempena Hari Kebangsaan 2023

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030
#amanat perdana menteri
#Hari Kebangsaan 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan