KUALA LUMPUR:Syarikat pengeluar cat nombor 1 Malaysia, Nippon Paint  menyumbang lebih dari 1,000 liter inovasi terbarunya, cat anti-virus dan anti-bakteria Nippon Paint VirusGuard kepada Hospital Sungai Buloh.

Dalam satu kenyataan, Penolong Pengurus Besar Pemasaran Nippon Paint, Datin Wong Meng Lee memaklumkan sumbangan Nippon Paint VirusGuard itu merupakan tanda penghargaan atas dedikasi dan usaha barisan hadapan berdepan saat yang sukar ini.

"Sejak penularan wabak COVID-19 di Malaysia pada bulan Disember 2019 dan sepanjang pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga kini, barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan keberanian yang tinggi terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

"Bekerja tanpa penat sepanjang masa untuk meratakan lengkung kes COVID-19, mereka telah memainkan peranan penting dalam melindungi masyarakat kita.

"Disaat peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara sekarang, adalah penting bagi setiap orang untuk memainkan peranan mereka dalam mematuhi langkah keselamatan dan kebersihan untuk meratakan lekukan pada masa yang mencabar ini," kata kenyataan itu.

Di bawah inisiatif #RuangSelamat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), Nippon Paint secara khusus memilih cat anti-virus dan anti-bakteria Nippon Paint VirusGuard untuk mengecat semula bangunan hospital tersebut.

Cat anti-virus dan anti-bakteria Nippon Paint VirusGuard dipilih untuk mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selamat.

"Lebih penting lagi bagi barisan hadapan yang berisiko paling tinggi kerana mereka terus menyelamatkan nyawa dan membantu menjaga keselamatan negara pada masa penting ini.

"Dengan ini, selain daripada terus berwaspada dan mematuhi SOP kesihatan dan keselamatan, kami ingin menekankan kepada semua rakyat Malaysia mengenai pentingnya menjaga tahap kesihatan dalaman yang sihat melalui inisiatif #RuangSelamat ini," katanya lagi.

Nippon Paint VirusGuard yang baru memasuki pasaran Malaysia menggunakan Teknologi Silver Ion, amat berkesan dalam dalam mencegah penyebaran virus dan bakteria.

Virus dan bakteria boleh dicegah melalui pendekatan tiga langkah iaitu penyahaktifan fungsi virus dan bakteria, mengurangkan keupayaannya untuk membiak dan menghalang pertumbuhan yang akhirnya menyebabkan kematian bakteria dan virus.