KUALA LUMPUR: Mencari rezeki sebagai penangkap belangkas bukan asing bagi Nor Athira Yasak, 27, yang berasal dari Batu Uban, Pulau Pinang kerana itulah yang dilakukannya sejak usia enam tahun, menemani ayahnya seorang nelayan.
Biarpun sudah berkeluarga dan sibuk dengan rutin harian sebagai pekerja kafe bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang, anak kesembilan daripada 10 beradik masih meneruskan pencarian belangkas dengan suaminya Edy Yusrizal, 28.
Turut membantu dua orang anak saudara Nor Athira iaitu Mohd Faiz Haikal, 15, dan Mohd Aiman Radzi, 14.
Menurut Nor Athira, untuk menangkap belangkas memerlukan ketangkasan, kemahiran serta kesabaran yang tinggi dan semuanya itu dipelajari daripada ayahnya, Yasak Zakaria, 81. Ayahnya tidak lagi menangkap belangkas kerana uzur.
Berkongsi kehidupan penangkap belangkas, Nor Athira berkata, bapanya Yasak mula menangkap belangkas sebagai punca pendapatan pada awal tahun 1990an dan turut membawa anak-anaknya bersama.
Bapa beliau adalah antara "orang lama" dan insan terawal di perkampungan Batu Uban, Pulau Pinang yang menangkap haiwan hidupan laut itu dan pada masa itu ia belum popular sebagai makanan.
Ketika itu, bapanya adalah seorang nelayan pantai dan mencari belangkas di tepi laut berhampiran rumah mereka di Batu Uban untuk dijadikan hidangan makanan sekeluarga selain dijual.
Bagaimanapun, pada masa itu tidak ramai yang berani makan belangkas dan seekor dijual dengan harga hanya RM4.
"Kebiasaannya kami menelusuri sepanjang persisiran Pantai Jerejak (kira-kira dua kilometer dari rumah) untuk menangkap belangkas. Haiwan ini juga hanya ada pada musim tertentu iaitu pada waktu air pasang dan bulan mengambang penuh.
"Hendak menangkap belangkas ini juga ada caranya. Apabila nampak kelompok buih yang panjang di dalam air, itu tandanya terdapat belangkas. Nampak sahaja kelompok buih seperti itu, terus tangkap dengan tangan. Ini memerlukan kemahiran dan ketangkasan tangan kerana ada bahagian tajam keseluruhannya di ekor dan badan .
"Tapi bila saya hendak mengangkat belangkas, itu satu risiko jugalah pada saya tetapi disebabkan saya sudah tahu teknik menangkap, jadi mudahlah. Saya akan mengangkat belangkas di belah hadapan bagi mengelakkan terkena pada tangan.
"Selain itu kita kena pastikan semasa air pasang penuh, jika tidak penuh sangat tidak boleh juga hendak tangkap belangkas ini," katanya kepada Bernama.
Jelas Nor Athira, apabila mencari belangkas di laut, ia bergantung kepada rezeki kerana ada ketika mereka akan pulang dengan tangan kosong.
Nor Athira berkata belangkas biasanya ditangkap dalam keadaan berpasangan iaitu jantan dan betina.
Beliau menambah, dalam tempoh sebulan, beliau akan pergi ke pantai sebanyak lima atau enam kali mengikut kalendar pada tarikh hari air pasang penuh. Tarikh yang perlu diberi perhatian setiap bulan adalah 12,13,14,15,26,27,28,29 dan 30.
Berbanding semasa zaman ayahnya mencari nafkah sebagai pencari belangkas, apa yang dilalui Nor Athira amat berbeza.
"Jika hendak dibandingkan pencarian belangkas zaman dahulu dengan zaman kini memang berbeza. Waktu itu mudah tangkap belangkas. Macam bapa dahulu pernah dapat 40 hingga 50 ekor hanya dia seorang yang tangkap. Tetapi sekarang agak berkurangan dan kadang-kadang dapat dalam 20 ekor sahaja ," katanya, menambah belangkas sudah menjadi sajian tradisi dalam keluarganya.
Nor Athira menjelaskan, tidak semua hari beliau dan suaminya berhasil menangkap belangkas kerana spesies haiwan itu juga kini semakin pupus. Ada ketikanya seekor belangkas pun mereka tidak dapat.
Selain daripada itu, cabaran yang dihadapi Nor Athira juga adalah tidak semua belangkas yang diperolehi memiliki telur.
"Ada yang kami dapat tidak ada telur. Contohnya dalam 20 ekor belangkas yang diperolehi pada hari itu tidak semestinya semua ada telur dan sebab itu saya akan memberitahu pelanggan bahawa belangkas kami adalah segar dari laut. Ia berbeza dengan belangkas yang dibela sudah semestinya ada telur.
"Yang ditangkap dari laut belum tentu memiliki telur. Sebab itu apabila ada orang hendak membeli, kami lebih gemar jual semasa belangkas dibakar kerana kita sudah tahu sama ada ia mempunyai telur atau sebaliknya," katanya.
Seekor belangkas segar dijual dengan harga RM13 seekor manakala bagi yang sudah siap direbus atau dibakar berharga RM19 seekor.
Biar apa pun cabaran, Nor Athira berkata, beliau tidak pernah berasa malu atau penat untuk terus mencari haiwan itu.
"Tiada istilah penat dalam hidup saya dan walau apa pun pandangan orang terhadap kam, sudah menjadi rutin kami, walaupun esok paginya bekerja, tengah malam itu kami tetap akan ke pantai mencari belangkas.
"Ia satu rezeki halal dan dengan haiwan inilah kami adik-beradik dibesarkan," katanya menambah, pada awal suaminya juga tidak pernah tahu tentang belangkas namun sejak kahwin dan sering mengikutnya menangkap belangkas, suami Nor Athira kini turut menggemari aktiviti itu.
Kongsi Nor Athira, belangkas sememangnya punya keistimewaan tersendiri dan enak dimakan.
"Kebiasaannya kami akan rebus atau bakar. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit untuk proses merebus. Bagi bakar pula kami menggunakan kaedah tradisional iaitu bakar di atas dapur kayu dan memastikan benar-benar belangkas itu masak," katanya menambah, belangkas perlu dicuci dengan teliti dan membuang racun yang terdapat pada bahagian tengah badan belangkas.
Dari segi permintaan, beliau berkata ramai pelanggan amat mengemari belangkas yang dibakar kerana rasanya yang lazat.
Selain rebus dan bakar, Nor Athira berkata belangkas juga boleh dibuat pelbagai menu masakan lain antaranya kerabu, sambal tumis dan kari.
Selain menjual di rumah, Nor Athira turut menjual belangkas berkenaan melalui dalam talian . Sehingga kini beliau mempunyai pelanggan tetap sekitar Pulau Pinang dan Seberang Perai yang setia menunggu belangkas hasil tangkapannya.
Meskipun, aktiviti mencari dan memakan belangkas sudah semakin popular dan tentunya mencetuskan persaingan dengan pencari dan pengusaha belangkas, Nor Athirah berkata, beliau akan tetap meneruskan warisan bapanya.
"Ada orang kata dah lama jual belangkas, kenapa tidak bela sahaja. Tetapi kami tidak mahu kerana terdapat beza belangkas laut dan belangkas yang dibela. Rasa belangkas dari laut dan belangkas yang dibela sendiri juga tidak sama .
"Rasa belangkas dari laut lebih segar dengan rasa masin-masin air laut . Bagi belangkas bela, air laut itu buatan sendiri jadi ada perbezaan menerusi rasa tetapi untuk pelanggan yang sudah rasa kedua-duanya, mereka tetap mahu yang dari laut dan sanggup menunggu belangkas betul-betul ada. Ini respons pelanggan tetap kami," katanya.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada aktiviti menangkap belangkas ini perlu dipelopori anak muda, Nor Athira bersetuju dan menyifatkan ia perlu diterapkan dalam kalangan anak muda dengan mendedahkan mereka kepada spesies haiwan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Nor Athira berkata belangkas biasanya ditangkap dalam keadaan berpasangan iaitu jantan dan betina. - Gambar hiasan
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.
Pulau Pinang sedia beri sumbangan kewangan jika Lembaga Lembangan Ulu Muda ditubuhkan
Pulau Pinang sedia memberikan sumbangan kewangan sekiranya Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) dapat ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan sumber air di Ulu Muda, Kedah.
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Lelaki cedera mata dalam pergaduhan kini stabil
Lelaki yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan seorang warga asing Sabtu lepas, telah selesai menjalani pembedahan mata dan keadaannya stabil.
Kontena hempap kereta: Ibu mahukan keadilan buat mangsa
Ibu pemandu wanita yang maut selepas keretanya dihempap kontena terjatuh daripada sebuah treler di Jalan Bukit Tengah mahu pihak bertanggungjawab dalam nahas itu dikenakan tindakan.
Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Polis sahkan cinta tak berbalas punca dua beranak dibunuh
Polis mengesahkan cinta tidak berbalas menjadi punca seorang wanita dan bapanya maut dibunuh seorang lelaki di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam Khamis lepas.
Juruukur tanah didakwa cuba bunuh dua polis
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.
Printhero pertimbang guna pelampung stabilkan muzium feri terapung - SPPP
Syarikat itu akan menjalankan kerja-kerja mengenal pasti dan menampal kebocoran sebelum feri berkenaan dibawa ke lokasi akhir.