PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Akauntan Negara (Korporat) Nor Yati Ahmad dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Nor Yati itu diumumkan Jabatan Akauntan Negara dalam kenyataan hari ini bagi menggantikan Datuk Dr Yacob Mustafa yang tamat kontrak perkhidmatan pada 2 Ogos lepas.
"Jabatan Akauntan Negara ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Nor Yati bagi menggalas tugas dan amanah sebagai Akauntan Negara," menurut kenyataan itu.
Surat pelantikan Nor Yati sebagai Akauntan Negara disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed di Jabatan Perkhidmatan Awam di sini hari ini.
Nor Yati yang mempunyai kelulusan Master Of Accountancy And Financedari University Of Adelaide, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), mula menyertai sektor awam pada 1995 sebagai Akauntan di Jabatan Akauntan Negara cawangan Kuala Lumpur.
Sebelum dilantik sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Nor Yati berkhidmat di Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) Jabatan Akauntan Negara sejak 2011 dan dilantik sebagai pengarahnya pada 2018.
PPPA bertanggungjawab dalam transformasi daripada perakaunan asas tunai ubah suai kepada perakaunan asas akruan sektor awam selaras dengan yang digariskan dalam Model Ekonomi Baharu 2010 yang antaranya membantu meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan khasnya dalam Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan sektor awam amnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Pelantikan Nor Yati (gambar) diumumkan Jabatan Akauntan Negara bagi menggantikan Datuk Dr Yacob Mustafa yang tamat kontrak perkhidmatan pada 2 Ogos lepas. - Foto Jabatan Akauntan Negara
AWANI 7:45 [25/09/2023] - Sanusi sahkan beri keterangan | Teknologi AI terbuka sumbang jenayah | Tarikh penamaan 21 Oktober 2023 | Peluang rangkul pingat emas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar;
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
Identiti mangsa van terjunam dikenal pasti
Polis mengenal pasti identiti kesemua 11 mangsa yang terlibat dalam insiden van persiaran terbabas sebelum terjunam ke cerun di Jalan Teluk Kumbar malam tadi, termasuk seorang wanita warga Singapura yang maut dalam kejadian itu.
Astro catat pendapatan RM870 juta, PATAMI RM24 juta
Astro Malaysia Holdings Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM870 juta bagi suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024, disokong pertumbuhan segmen jalur lebar di sebalik keadaan makroekonomi yang turun naik dan juga mata wang asing.
Lawatan rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat ke China
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kini berada di Beijing China untuk lawatan rasmi beliau ke negara itu bermula 22 Sept hingga 30 Sept ini. Wartawan Astro Awani, Firdaus Azil kini berada di sana bagi mengikuti perkembangan lawatan tersebut.
Sukan Asia: Perkembangan terkini atlet Malaysia
Hari kedua temasya Sukan Asia Hangzhou sudah memberi bayangan kilauan pingat yang bakal dituai kontinjen negara, namun tiada siapa menduga sinar itu hadir dalam acara e-Sukan.
Kontinjen e-Sukan negara kini berpeluang untuk merangkul pingat emas pertama kontinjen negara.
Butiran lanjut kita bersama rakan setugas, Karl Nunis.
Kontinjen e-Sukan negara kini berpeluang untuk merangkul pingat emas pertama kontinjen negara.
Butiran lanjut kita bersama rakan setugas, Karl Nunis.

KSN umum pusingan kerja dan pelantikan baharu KSU
Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini memaklumkan penempatan baharu itu berkuat kuasa esok.

Ismail Sabri harap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuh
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuhkan di universiti serantau dan peringkat global dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
Kesalahan Jenayah Komersil Januari-Ogos 2023
15,786 individu ditahan di atas pelbagai kesalahan jenayah komersil bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini.
[TERKINI] Keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah 27 Oktober
Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh keputusan Petisyen Pilihan Raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Insiden pergaduhan DIBW: Seorang daripada ditahan didapati positif dadah
Seorang daripada empat lelaki yang direman bagi membantu siasatan insiden pergaduhan ketika acara DIBW 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lepas, didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine.

Nor Yati Ahmad dilantik Akauntan Negara baharu
Timbalan Ketua Akauntan Negara (Korporat) Nor Yati Ahmad dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.