KUALA LUMPUR : Isteri bekas Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei antara 1,299 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) ke-68 esok.
Noorainee bakal mendahului senarai tujuh penerima anugerah tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Enam individu lain yang turut menerima anugerah SPDK ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; bekas Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat; bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai; Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.
Sementara itu, Chong Wei bakal menerima anugerah Jaksa Pendamai (JP) bersama sembilan lagi penerima termasuk Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin.
Sementara itu, 66 individu akan menerima anugerah kedua tertinggi, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran 'Datuk', termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yassin; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir. Shahelmey; Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Ag Alip.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Karunanithy Y. Subbiah; Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr. Rose Nani Mudin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass.
Selain itu, seramai 95 individu akan menerima anugerah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK); Ahli Darjah Kinabalu (233), Bintang Setia Kinabalu (346), Bintang Kinabalu (400) dan Pingat Perkhidmatan Terpuji (142).
Nickyson Nyambar
Fri Oct 01 2021
Noorainee bakal mendahului senarai tujuh penerima anugerah tertinggi negeri iaitu SPDK yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. - Gambar fail
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan
Ia susulan kenyataan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart , sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
ASNB lancar platform Ria, raih RM6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Norainee, Bung Moktar, Chong Wei antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat TYT Sabah
Tiga individu ini antara 1,299 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena Ulang Tahun TYT Sabah ke-68 esok.