Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang ditemui selamat dalam kejadian tujuh murid hilang Ogos lepas, menyuarakan hasrat mahu berpindah ke SK Kuala Betis, di sini.
Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11, tidak lagi berminat meneruskan persekolahan di SK Tohoi kerana masih trauma dengan kejadian menimpa mereka.
Ibu Norieen, Midah Angah, 40, berkata anaknya sudah menyatakan hasrat untuk kembali ke sekolah, tetapi tidak mahu ke SK Tohoi.
"Saya harap akan ada perbincangan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk menyelesaikan perkara ini.
"Saya tahu SK Tohoi banyak melakukan penambahbaikan, tetapi anak saya tidak mahu bersekolah di situ lagi dan mahu dihantar ke SK Kuala Betis kerana ada kemudahan asrama," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Penad hari ini.
BACA: Pos Tohoi: Pencarian seorang lagi pelajar masih diteruskan
BACA Empat jasad murid Orang Asli selamat dikebumi hari ini
Mandi sungai
Ogos lepas, tujuh murid SK Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama kerana takut dikenakan hukuman oleh guru selepas mandi di sungai tanpa kebenaran.
Selain Miksudiar dan Norieen, lima lagi kanak-kanak yang hilang ialah Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, dengan kesemua mereka dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.
Lebih memilukan, selepas hampir 50 hari hilang di dalam hutan, empat daripada kanak-kanak itu - Ika, Haikal, Linda dan Juvina ditemui mati. Seorang lagi mangsa, Sasa Sobrie, belum ditemui.
Miksudiar dan Norieen ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi di tebing sebuah sungai di belantara Tohoi.
BACA: Murid Orang Asli SK Tohoi hilang: Keluarga cam rangka ditemui adalah Juvina
BACA: Rangka kanak-kanak Orang Asli dijumpai di tebing sungai
Ditanya mengenai tahap kesihatan Norieen, Midah berkata anaknya masih trauma dengan kejadian menimpanya sehingga kadang kala menangis pada waktu malam.
"Trauma itu menyebabkan tidur Norieen sering terganggu. Saya sering memujuknya melupakan kejadian itu walaupun dia mula keluar rumah untuk bermain bersama rakan-rakan sejiran," katanya sambil menambah Norieen juga kerap ke kubur adiknya Haikal, kerana dua beradik itu amat akrab.
BACA: Rangka kanak-kanak ditemui di sungai berhampiran Pos Tohoi
BACA: Bapa murid Orang Asli cam mayat Sasa berdasar gelang getah dan subang
Sementara itu, bapa saudara Mirsudiar, Akik Bahir, 46, ketika ditemui di Kampung Gawin berkata Miksudiar masih berpantang makan kerana masalah jantung.
"Miksudiar kembali pulih dan kembali berkawan dengan rakan-rakan berdekatan rumahnya, namun tidak mahu kembali ke SK Tohoi kerana kejadian itu masih menghantui pemikiran mereka," katanya.
Bernama
Sun Dec 27 2015
Ogos lalu, penemuan Norieen (kanan) dan Miksudiar yang masih hidup oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat disifatkan suatu keajaiban. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Norieen, Miksudiar belum mulakan persekolahan mereka
Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Norieen Yaakob, 11, dan Miksudiar Aluj, 12, yang hilang hampir 50 hari dalam hutan, masih belum memulakan persekolahan mereka pada Ahad.
Peristiwa Pos Tohoi: Keluarga masih bersedih dan hiba terkenang kehilangan anak
Hanya tangisan menggambarkan perasaan hiba ahli keluarga setiap kali terkenang anak mereka yang meninggal dunia setelah sesat dalam hutan lebih sebulan.
Norieen, Miksudiar suarakan hasrat pindah ke SK Kuala Betis
Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang ditemui selamat dalam kejadian tujuh murid hilang Ogos lepas, berhasrat pindah sekolah.