awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal baharu: Negeri Sembilan tidak benarkan solat sunat tarawih di surau dan masjid

Bernama
Bernama
19/04/2020
20:44 MYT
Normal baharu: Negeri Sembilan tidak benarkan solat sunat tarawih di surau dan masjid
Penguatkuasaan PKP sejak 18 Mac lepas, termasuk larangan mengerjakan solat berjemaah di masjid dan surau, bertujuan memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negara ini dengan fasa ketiga bermula 15 hingga 28 April ini. - Gambar hiasan
Solat sunat tarawih di surau dan masjid di negeri ini, tidak dibenarkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Katanya, keputusan tersebut dibuat berdasarkan keadaan semasa yang diputuskan kerajaan Persekutuan, bagi menangani penularan wabak COVID-19, di negara ini.
"Sepanjang tempoh PKP, solat tarawih secara berjemaah di surau dan masjid tidak dibenarkan, masyarakat digalakkan untuk melakukan solat sunat tarawih di rumah masing-masing bersama ahli keluarga sahaja.
"Sekiranya PKP tidak dilanjutkan, iaitu selepas 28 April ini, kita akan melihat kepada saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebelum keputusan lanjut dibuat kemudian," katanya di sini, pada Ahad.
Mohd Yusof berkata, orang ramai khususnya umat Islam masih boleh menjalankan ibadah solat tarawih di tempat masing-masing, dengan tidak mendedahkan diri mereka terhadap risiko penularan COVID-19.
Penguatkuasaan PKP sejak 18 Mac lepas bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini dengan fasa ketiga penguatkuasaannya bermula 15 hingga 28 April ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Islam
#jemaah
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#Majlis Keselamatan Negara
#masjid
#Mohd Yusof Ahmad
#Negeri Sembilan
#normal baharu
#PKP
#surau
#tarawih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan