Ketiadaan bazar Ramadan pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 bukanlah halangan untuk para peniaga meneruskan perniagaan apabila mereka kini beralih kepada perniagaan secara dalam talian bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Meskipun tidak sampai seminggu lagi menjelang bulan Ramadan, namun rata-rata peniaga dan penjaja sudah bersedia dengan cara alternatif mereka tersendiri bagi menjana pendapatan dan menyediakan juadah berbuka puasa serta sahur.
Penjaja kuih-muih dari Klang, Selangor, Masthorah Ardi, 53, kini menggunakan perkhidmatan ambil sendiri (self-pick up) dan penghantaran makanan yang dilakukan oleh anak lelakinya dari rumah kepada pelanggan.
Akur dengan keputusan kerajaan yang membatalkan bazar Ramadan, ibu tunggal itu tetap mencari jalan lain untuk menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan tiga anaknya, termasuk seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU).
"Duit bantuan (Bantuan Prihatin Nasional) yang kerajaan bagi itu belum tentu cukup sampai hujung puasa," katanya kepada Bernama.
Bagi Siti Marsyitah Abdullah Sahad, 34, yang mengusahakan perniagaan 'food truck', beliau tidak kisah jika tidak dapat menjalankan perniagaannya pada bulan Ramadan tahun ini kerana mempunyai perniagaan sambilan iaitu mengusahakan butik secara dalam talian.
"Saya mempunyai rancangan sandaran, kadangkala saya akan memasarkan perniagaan Butik Online ketika berniaga 'food truck' kepada pelanggan dan sambutannya amat menggalakkan.
"Jadi saya tidak risau sekiranya tidak dapat menggerakkan 'food truck' kerana saya mempunyai butik dalam talian yang diusahakan bersama adik saya untuk pakaian Aidilfitri," katanya yang berasal dari Putrajaya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKM) Mohamed Zamri Mohammed berkata pihaknya meneruskan pelaksanaan platform 'Warong Digital' di seluruh negara bagi memudahkan pelanggan mendapatkan juadah berbuka dalam talian.
"Di Wilayah Persekutuan misalnya, kami mendapat kerjasama daripada syarikat penghantaran dan perkhidmatan 'runner' untuk membantu para penjaja menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan sekali gus menggantikan bazar Ramadan.
"Walaupun mereka tidak dapat berniaga secara besar-besaran di tapak, sekurang-kurangnya platform ini dapat membantu mereka menjana pendapatan ketika bulan Ramadan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 20 2020

Tapak Bazar Ramadan Kampung Baru yang sinonim dengan masyarakat ibu kota tidak lagi dibenarkan beroperasi untuk tahun ini, 18 April, 2020. --fotoBERNAMA

Pengangguran: Angka baharu beri petunjuk pemulihan ekonomi AS
Majikan di negara Uncle Sam itu dilapor menambah 397,000 pekerjaan bulan lalu.

COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta.

Malaysia dipilih terajui kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik
Pelantikan baharu ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dan dari rantau ASEAN yang diberi mandat, antara lain, untuk menguruskan sekretariat.

Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.

Bekalan elektrik di semua pusat simpanan dan pemberian vaksin stabil - TNB
TNB bersama pihak hospital dan klinik kesihatan juga telah memastikan set jana kuasa di pusat-pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

Permulaan yang baik untuk JDT - Mora
Mora optimistik JDT berada pada landasan yang tepat untuk kembali kepada prestasi terbaik mereka, walaupun berhadapan dengan pramusim yang pendek.

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM - Radzi Jidin
Radzi berkata hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes
Dalam data awal yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan republik itu berkata tiada kes baharu dalam kalangan komuniti tempatan.

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tarikh penting dalam kalendar Islam tahun 2021
Tarikh penting dalam kalendar Islam untuk tahun 2021 Masihi bersamaan 1442 Hijrah di Malaysia.

Pameran fotografi di sebalik 'kesuraman' PKP
Pameran fotografi bertemakan 'Of Inertia and Solidarity' yang sedang berlangsung di Avenue K memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri keadaan Malaysia di sebalik 'kesuraman' PKP.

Jualan lemang Aidiladha terjejas teruk tahun ini
Lazimnya, bila tiba Hari Raya, peniaga lemang pastinya tidak menang tangan melayan tempahan pelanggan, sampai tak tidur pun ada dibuatnya dek kerana memenuhi permintaan pelanggan.

Parlimen: Penjarakan sosial jemaah solat Jumaat dikekalkan buat masa ini
Penjarakan sosial di antara jemaah dalam solat Jumaat akan dikekalkan buat masa ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Lebih banyak penumpang, penerbangan pada Julai - MAHB
Pergerakan penumpang dan pesawat di 39 lapangan terbang di Malaysia meningkat dua kali ganda.

Pembukaan sekolah: Julai bakal jadi bulan sibuk untuk pelajar, guru dan ibu bapa
Pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam itu dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

ATM kenal pasti 49 lorong tikus baharu di Sarawak - Affendi Buang
Sejumlah 49 lorong tikus baharu yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenal pasti di Sarawak.

Selepas hampir tiga bulan, banyak masjid dan surau kini dibuka
Mengikut SOP yang disediakan, jemaah juga perlu memakai pelitup muka, selain mengambil wuduk serta tidak bersalaman atau bersentuhan sepanjang berada di masjid, surau Jumaat dan surau.

Aidilfitri tak dapat balik kampung, ramai nak balik masa Aidiladha pula - Persatuan Hotel Bajet Malaysia
Hotel bajet di seluruh Malaysia sudah mula menerima tempahan bermula dari masa terdekat sehingga penghujung tahun.