Semua pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh negara diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata biarpun tiada peruntukan undang-udang berkaitan pemakaian topeng muka itu, namun ia dianggap satu keperluan buat masa ini.
“Walaupun dari aspek undang-undang, susah untuk mengatakan bahawa wajib untuk pakai topeng muka (penutup hidung dan mulut) tetapi untuk pengangkutan awam, semua pengguna diwajibkan memakainya.
“Ia cara yang terbaik (mencegah COVID-19) dan kami sudang mendapatkan pandangan pakar berhubung pemakaian topeng muka apabila menaiki pengangkutan awam,” kata Dr Wee dalam sidang media di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Terdahulu beliau membuat tinjauan di beberapa stesen bas, MRT dan Transit Aliran Ringan (LRT) susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Isnin yang membenarkan sektor ekonomi dan pekerjaan untuk kembali beroperasi.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Muhammad Nizam Alias.
Katanya lagi, pengguna pengangkutan awam yang dikesan mempunyai suhu badan yang tinggi tidak akan dibenarkan menggunakan perkhidmatan berkenaan.
“Bagi mereka yang tidak memakai topeng muka atau bersuhu tinggi, kami ada kuasa untuk tidak benarkan mereka masuk.
“Kami minta kerjasama dan persefahaman daripada semua pihak berkaitan perkara ini. Ini terpaksa dilakukan demi menjaga kesihatan kita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kekerapan perjalanan tren LRT dan MRT dipertingkatkan bagi menampung keperluan semua penumpang.
Beliau berkata kekerapan bagi operasi perkhidmatan LRT dan MRT adalah setiap tiga hingga empat minit pada waktu kemuncak.
Katanya, kekerapan itu selaras langkah menghadkan separuh daripada kapasiti penumpang yang dibenarkan menaiki tren bagi tujuan pelaksanaan penjarakan sosial.
Isabelle Leong
Mon May 04 2020

WEE (tengah): berkata kekerapan perjalanan tren LRT dan MRT dipertingkatkan bagi menampung keperluan semua penumpang. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG

Lebih ramai majikan beku pengambilan pekerja pada 2021
Pengambilan pekerja akan lebih tertumpu kepada bidang seperti strategi perniagaan, pendigitalan, penjagaan kesihatan dan tenaga diperbaharui

AWANI Ringkas: Faktor turun naik Indeks Persepsi Rasuah | FB catat untung semasa penularan COVID-19

Awas, Sindrom Terowong Carpal serang saraf median tangan!
Individu yang sering menaip menggunakan laptop dan gajet dalam kerja seharian, terdedah kepada risiko mendapat Sindrom Terowong Carpal (CTS). Ikuti saranan Pakar Ortopedik mengenai penyakit ini.

Awas, Sindrom Terowong Carpal serang saraf median tangan!
Individu yang sering menaip menggunakan laptop dan gajet dalam kerja seharian, terdedah kepada risiko mendapat Sindrom Terowong Carpal (CTS).

Rasuah | Jangkaan indeks persepsi rasuah 2020
Ketika negara berdepan isu politik, pertukaran kerajaan, isu kesihatan dan ekonomi, adakah indeks persepsi ini akan terus dapat kita pertingkatkan? Dan untuk bercakap mengenai perkara ini kita akan bersama, Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar

Macau Scam: Wanita rugi lebih RM125,000 ditipu penyamar LHDN, polis
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar kerugian yang dialami mangsa adalah yang tertinggi direkodkan setakat ini di Kontinjen Kedah.

Ayah M. Nasir meninggal dunia di Singapura
Allahyarham Mohamed Sam meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya sekitar pukul 7.30 pagi ini.

'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.

'Modal RM600,000, jual balik RM20,000'
Setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.

Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Ia harus berterusan dan berulang kali. Sebab itu kita harus memahami dan menghargai sejarah negara dalam konteks memerangi rasuah.

Stesen RTS Singapura 10 kali lebih besar berbanding stesen MRT biasa - Menteri Pengangkutan
Stesen itu akan merangkumi bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang membolehkan pelancong diperiksa dan disahkan oleh CIQ Singapura dan Malaysia pada satu hentian.

Samun warga asing: Geng Ah Boon tumpas, 3 ahli kumpulan ditahan
Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Baru Dengkil, Selangor.

Prasarana nafi kesesakan dalam tren semasa PKP
Prasarana menyifatkan laporan berita oleh sebuah media portal sebagai mengelirukan dengan memaparkan keadaan sesak di dalam sebuah tren monorel ketika PKP 2.0 di Kuala Lumpur dan Selangor.

Lebih 1,000 'Pakej My30 Plus30' telah ditebus
Orang ramai yang ingin menebus pakej berkenaan pada hari ini boleh melakukannya di kiosk Sayap Timur di stesen LRT KL Sentral sehingga jam 10.30 malam dan di Hab Bas Pasar Seni sehingga 7 malam.

PKP 2.0: Perkhidmatan rel, bas Prasarana beroperasi seperti biasa
Semua perkhidmatan rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa dari pukul 6 pagi hingga tengah malam ketika arahan PKP.

Kerajaan Johor mahu projek HSR diteruskan
Penamatan HSR memberikan peluang kepada kerajaan pusat untuk melihat semula dan membuat kajian.

Pegawai LRT Stesen Bandaraya positif COVID-19
Siasatan mendapati insiden berlaku di kawasan tertutup dan pegawai stesen berkenaan tidak mempunyai kontak dengan para penumpang ketika bertugas.

Prasarana tawar pakej beli satu percuma satu My30 mulai esok
Pengguna perkhidmatan tren dan bas Rapid KL boleh menggunakan pakej percuma itu untuk pembaharuan pada bulan berikutnya dan tempoh penebusan adalah antara 15 Jan dan 31 Mac.

COVID-19: Pelitup muka diwajibkan di kawasan yang sesak, kompaun tidak akan dikenakan jika berseorangan
Pemakaian pelitup muka diwajibkan di kawasan awam yang sesak dan tindakan kompaun boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar kepada arahan ini.

COVID-19: Rapid Bus susun semula laluan
Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang, Pahang dan Perak kini melaksanakan penyusunan semula laluannya.