awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Normal Baharu: Tiada amil dilantik, bayar zakat secara dalam talian di Sabah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
24/04/2020
05:50 MYT
Normal Baharu: Tiada amil dilantik, bayar zakat secara dalam talian di Sabah
Bagi menjalani kehidupan normal baharu susulan pelaksanaan PKP di bulan Ramadan, pembayaran boleh dibuat menerusi Maybank2u selain aplikasi telefon pintar seperti SnapNpay dan myeg. - Gambar hiasan
Tiada sebarang kelulusan dikeluarkan untuk melantik amil bagi tujuan mengutip zakat fitrah tahun ini di Sabah.
Justeru Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Uda Sulai berkata, umat Islam di negeri itu diminta menunaikan rukan Islam keempat iaitu zakat fitrah secara dalam talian.
Katanya, bagi menjalani kehidupan normal baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bulan Ramadan, pembayaran boleh dibuat menerusi Maybank2u selain aplikasi telefon pintar seperti SnapNpay dan myeg.
"Saya dapat tahu kerajaan sudah mecadangkan amil-amil memungut sendiri, tetapi tiada kelulusan dari pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Apa yang diputuskan oleh kerajaan akan diteruskan (bayar secara dalam talian) kecuali ada perubahan dibuat dan akan ada keluar arahan yang baharu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditemui dalam majlis penyerahan sebanyak 170 peralatan perlindungan peribadi (PPE) sumbangan daripada Dewan Undangan Negeri (N18) Petagas kepada petugas barisan hadapan di Majlis Daerah Putatan (MDPTN), pada Jumaat.
Untuk rekod, kadar zakat fitrah tahun ini di Sabah, pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengumumkan dua kadar berbeza iaitu RM7.50 dan RM6 bergantung kepada kemampuan pembayar atau ketua keluarga yang terkesan akibat PKP serta pandemik COVID-19.
Sementara itu dalam majlis berkenaan, selain agihan Alat Perlindungan Diri (PPE), Uda turut menyampaikan topeng mulut dan hidung sebanyak 51,000 keping kepada MDPTN untuk diagihkan ke seluruh kawasan DUN Petagas.
Topic Berkaitan
#amil
#COVID-19
#Islam
#kerajaan
#Majlis Keselamatan Negara
#normal baharu
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Ramadan
#Sabah
#telefon pintar
#zakat fitrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan