KUALA KANGSAR: Mahu pelanggan menikmati suasana seperti pulang ke kampung halaman, seorang bekas setiausaha syarikat menjadikan kediamannya sebagai rumah makan yang menawarkan masakan kampung yang digelar Rumah Atap Kuning.
Lebih menarik, masakan kampung yang enak akan dihidangkan di dalam talam bagi membangkitkan nostalgia masa silam, sambil dikelilingi keindahan alam termasuk sawah, denai dengan ditemani keriuhan bunyi ayam dan itik, berlatar belakangkan suasana matahari terbenam.
Zaida Mohamed Abdul Aziz, 51, menganggap pelanggan yang datang ke rumah tradisional Perak itu ibarat tetamu yang datang dari jauh untuk menikmati hidangan hasil air tangannya.
"Terdapat dua pilihan hidangan iaitu Talam A dan Talam B dengan harga RM140 bagi satu kumpulan empat orang atau RM35 sekepala," katanya ketika ditemui di Rumah Atap Kuning di sini baru-baru ini.
Antara menu yang dihidangkan ialah gulai lemak ikan patin bersama tempoyak, gulai ayam kicap, ayam rendang daun puding, gulai itik, rendang pucuk paku taik minyak, asam pedas telur itik, gulai lemak telur itik dengan belimbing buluh, puyuh salai, ikan pekasam, sambal gesek dan ulam-ulaman.
Tidak ketinggalan, kordial sirap serta pencuci mulut tapai ubi dan agar-agar merah yang semua sajian dihidangkan di dalam dulang klasik zaman dahulu termasuk pinggan dan cawan.
Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata selepas menjamu selera, tetamu boleh menghabiskan masa mengambil gambar di sekitar rumah dan memberi makan kepada itik dan ayam.
"Kita juga sediakan persalinan kain batik dan pelekat untuk mereka yang mahu berpakaian ala tradisional, malah ada tetamu yang siap-siap memakai pakaian tradisi Melayu dari rumah lagi," katanya yang hanya membuka slot makan tengah hari dari 12 tengah hari hingga 3 petang pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Menceritakan idea untuk membuka Rumah Atap Kuning, Zaida yang turut mempunyai perniagaan makanan di Kuala Lumpur berkata tanah seluas hampir satu hektar di situ dibeli dan dibina rumah tradisional yang asalnya mahu dijadikan rumah kedua untuk berehat pada hujung minggu.
Namun, oleh sebab mahu memanfaatkan ruang dan kawasan di sekitar rumah tradisional itu, Zaida dan suami A. Wahab, 52, serta anaknya perempuannya, Aida Batrisya Zainal, 22, cuba menjadikannya sebagai premis privasi untuk tetamu menjamu selera.
Buat masa ini, perniagaan yang telah beroperasi lebih dua bulan itu menawarkan slot makan tengah hari sahaja dengan ruang di dalam rumah itu boleh memuatkan hingga 30 orang atau enam hingga tujuh kumpulan pada satu-satu masa termasuk makan di wakaf di luar rumah.
Disebabkan sambutan daripada pelanggan begitu menggalakkan, mereka yang ingin menikmati hidangan istimewa ditawarkan di Rumah Atap Kuning perlu membuat tempahan seminggu atau dua minggu lebih awal berserta deposit sebanyak 50 peratus.
"Memang ada pelanggan yang kecil hati bila datang secara walk in kerana mereka tidak tahu perlu tempah terlebih dahulu, ada juga yang perlu menunggu giliran kerana tempahan telah penuh," katanya yang berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang.
Bagi memberi lebih peluang kepada pelanggan, Zaida membuka ruang rumahnya untuk slot sunset hi-tea bermula 5 petang hingga 7 malam dengan dihidangkan kuih serabai bersama kuah durian serta kopi atau teh panas berharga RM10 sekepala.
Sementara itu, seorang guru, Siti Zawiyah Mohamad Basari, 40, sanggup memandu lebih 120 kilometer dari Kulim, Kedah semata-mata mahu merasai suasana makan di rumah zaman dahulu sambil menikmati keindahan kampung.
"Saya tahu mengenai Rumah Atap Kuning ini melalui Facebook dan telah dua kali datang membawa rakan-rakan sekerja dan hari ini saya ke sini bersama ibu dan suami, ternyata harga yang dibayar sangat berbaloi dengan layanan yang diberikan, saya pasti akan berkunjung lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Pengunjung Rumah Atap Kuning mengambil peluang bergambar di persekitaran rumah ketika tinjauan di Bukit Lada Sayong, Kuala Kangsar, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Nostalgia makan bertalam di Rumah Atap Kuning
Lebih menarik, masakan kampung yang enak dihidangkan di dalam talam bagi membangkitkan nostalgia silam, sambil dikelilingi keindahan alam.