SHAH ALAM: Seorang peguam tidak menyangka, wanita yang dibantu 25 tahun lalu berkaitan kes mencuri kotak pensel untuk dihadiahkan kepada si anak, kini anaknya membesar sebagai pengamal undang-undang.
Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkongsi pengalaman manis tersebut, apabila seorang anak muda yang tidak dikenali menegurnya di mahkamah pada tahun 2017.
Menurut beliau, anak muda berkenaan menangis sebaik sahaja menyapa lalu mengucapkan terima kasih kerana membantu ibunya pada tahun 1998.
“Pada ketika itu, saya berada di ruang legar mahkamah dan secara tiba-tiba seorang anak muda mendekati lalu menegur dan bertanya adakah saya ini, Ahmad Zaharil yang ‘menyelamatkan’ ibunya daripada di penjara?
“Sejujurnya, saya terkedu dan langsung tidak memahami apa yang disampaikan, sehingga dia menyebut kes kotak pensel berharga RM18,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Ahmad Zaharil berkata, beliau sungguh tidak menyangka dapat bertemu semula dengan budak lelaki itu.
Beliau turut bersyukur dan gembira dengan tindakannya 25 tahun lalu untuk membantu seorang wanita India berusia 50 tahun yang tiba di mahkamah dalam keadaan tangan bergari.
“Ketika itu, saya sedang bersendirian di bilik mahkamah selepas mengendalikan kes, tiba-tiba wanita tersebut memasuki ruang berkenaan sambil diiringi polis.
“Terdetik pada hati saya untuk mendekatinya dan bertanya mengapa dia dihadapkan ke mahkamah. Rupa-rupanya dia telah mencuri kotak pensel berharga RM18 dari sebuah pasar raya,” ujarnya.
Ahmad Zaharil memberitahu, wanita itu telah berjanji sekiranya si anak berjaya menjadi pelajar terbaik, dia akan menghadiahkan kotak pensel.
Namun katanya, disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup, dia terpaksa mencuri.
Selepas mendengar penjelasan wanita berkenaan, Ahmad Zaharil mulai terfikir nasib yang bakal menimpa kanak-kanak tersebut sekiranya dia dipenjarakan atas kesalahan itu.
“Sewaktu menghulurkan bantuan, saya sama sekali tidak memikirkan warna kulit. Sebaliknya saya mengenangkan nasib kanak-kanak itu, siapa yang akan menjaganya? Bagaimana mahu bersekolah jika ibu dipenjarakan?
“Semua itu bermain di benak fikiran dan saya ambil keputusan untuk campur tangan dalam kes berkenaan. Saya bercakap dengan majistret untuk menangguhkan kes itu ke satu masa baharu yang ditetapkan,” jelasnya.
Tanpa berlengah, Ahmad Zaharil memaklumkan beliau terus pergi ke sekolah kanak-kanak tersebut di Sentul, Kuala Lumpur, semata-mata untuk mengesahkan dakwaan wanita itu.
Beliau memberitahu, setelah bertemu dengan guru besar sekolah berkenaan, ternyata benar bahawa budak lelaki itu pelajar terbaik dalam kelasnya.
Menurutnya, beliau kembali ke mahkamah untuk bertemu dengan pemilik pasar raya dengan menawarkan wang berjumlah RM30 yang mana nilainya dua kali ganda harga kotak pensel itu, namun pemilik pasar raya itu enggan menarik kembali dakwaan tersebut.
“Saya cuba sehabis mampu untuk membantu wanita berkenaan. Alhamdulillah setelah keterangan guru diambil, akhirnya majistret membebaskannya selepas mengikat selama setahun dengan syarat berkelakuan baik.
“Sebelum wanita itu pergi, kami mengumpulkan sejumlah wang hasil sumbangan kakitangan mahkamah, anggota polis dan pihak saya sendiri,” tambahnya.
Tambah Ahmad Zaharil, itulah momen yang akan dikenang sepanjang tiga dekad menjadi peguam.
Beliau berkata, kini hubungannya dengan anak muda berkenaan semakin akrab sehingga menganggap dia seperti anak sendiri.
“Selepas pertemuan itu, kami sering berjumpa dan saling melawat antara satu sama lain pada perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 03 2023

Ahmad Zaharil imbau kes ibu terpaksa curi kotak pensel demi tunai janji anak dapat nombor satu. - Foto Sinar Harian

MKM labur RM32 juta jamin tempat duduk untuk umrah musim 1447H
Pelaburan MKM bermatlamat memastikan bakal jemaah dapat berlapang dada tanpa memikirkan risiko tidak mendapat tempat duduk.

Imigresen serbu klinik tawar khidmat doktor warga asing tidak bertauliah
Operasi yang dijalankan hasil risikan selama dua minggu itu menyasarkan premis di Sungai Buloh, Shah Alam serta Jalan Ipoh.

Google perkenal pelan langganan AI Pro, AI Ultra
Google AI Ultra merupakan pelan paling eksklusif dengan tambahan storan 5TB, Project Mariner, dan agen Gemini baharu, namun hanya tersedia di Amerika Syarikat.

Hajiji ucap takziah atas pemergian bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah
Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah.

Bursa Malaysia bercampur-campur pada sesi awal dagangan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.28 mata atau 0.15 peratus kepada 1,551.15 daripada 1,548.87 di akhir dagangan semalam.
ASEAN Kita: Tourism | Reimagining ASEAN AS One Destination
Can ASEAN truly become one seamless travel destination? In this episode of ASEAN KITA, we speak to Dr. Sri Ganesh Michiel of MTF on visa access, tourism taxes, and the role of budget hotels in unlocking regional tourism for all.

Pekarangan Istana Arau dibuka kepada rakyat untuk Malam Kilauan Cahaya
Tuanku Syed Sirajuddin telah memperkenankan membuka perkarangan istana kepada rakyat jelata.

AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.

Satu daripada empat pekerjaan global terancam akibat kecerdasan buatan generatif
Transformasi pekerjaan dan bukannya penggantian secara besar-besaran lebih berkemungkinan berlaku hasil integrasi AI di tempat kerja.

Persiapan Kongres Nasional PKR lancar - Fuziah
Persiapan itu merangkumi Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Kongres Wanita Pusat serta proses pemilihan jawatan tertinggi parti.

Kes serangan asid terhadap Faisal Halim diklasifikasikan tiada tindakan lanjut - Peguam
Siasatan terhadap insiden serangan asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim pada Mei tahun lalu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Saman pemula peguam cabar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman didengar 16 Julai
16 Julai ditetapkan untuk mendengar saman pemula dikemukakan seorang peguam terhadap Kerajaan Malaysia dan SPK, bagi mencabar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan saham Worldwide
Jumlah itu merangkumi RM1,989,402, mewakili tiga kali ganda keuntungan diperoleh daripada urus niaga dalaman serta denda sivil RM1 juta.

Kebakaran gas Putra Heights: Penduduk terjejas boleh tuntut pampasan - Peguam
Penduduk terjejas dengan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa, boleh menuntut pampasan daripada pihak yang disabitkan bersalah di bawah Akta Bekalan Gas 1993, kata peguam.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.

'Ibu bapa Zayn Rayyan mahu bersihkan nama mereka, kita tunggu perbicaraan nanti'
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemuka ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk menyemak dan menarik balik tuduhan mengabaikan anak.

Peguam tidak mengaku salah dengan sengaja sebabkan kecederaan
Goh Suan Poi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Evangelin Simon Silvaraj.

Minta maaf atau siap sedia 'pecah tabung' - Peguam ‘Abang Bas’
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu termasuk kalangan selebriti yang melemparkan kata-kata nista terhadap lelaki itu.

Boleh berhujah tapi jangan korbankan keadilan - Tengku Maimun
Peguam diingatkan supaya menjaga tatakelakuan dan tidak mencemarkan sistem keadilan untuk mencapai matlamat.