awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRECC adakan mesyuarat berhubung PLSB Sungai Golok minggu depan

Bernama
Bernama
21/01/2023
20:00 MYT
NRECC adakan mesyuarat berhubung PLSB Sungai Golok minggu depan
Nik Nazmi berkata kesemua agensi terlibat termasuk kerajaan negeri akan mengatur tindakan jangka pendek bagi memastikan kebajikan penduduk terpelihara - Foto/fail
PASIR MAS: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mengadakan mesyuarat berhubung Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok pada minggu depan di Kuala Lumpur, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata kesemua agensi terlibat termasuk kerajaan negeri akan mengatur tindakan jangka pendek bagi memastikan kebajikan penduduk terpelihara.
"Saya akan beri perhatian terhadap kebimbangan penduduk yang berulang kali mengalami kesusahan setelah dakwaan banjir berlaku akibat pembinaan benteng PLSB tersebut.
"Sebarang keputusan dalam mesyuarat akan dimaklumkan nanti termasuk berkaitan peruntukan khas sekiranya ada turut dibincang sama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli jawatankuasa bertindak banjir dan mangsa banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan hampir 100,000 penduduk daripada 62 kampung di Rantau Panjang, di sini kecewa dengan pembinaan projek PLSB Sungai Golok yang dianggap gagal.
Nik Nazmi berkata desakan penduduk yang mahu agar diperbanyakkan pembinaan pintu air pada benteng terbabit juga akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
"Perbincangan ini perlu kerana kita tidak mahu penduduk kampung menjadi mangsa ketika projek ini dalam pembinaan, Insya-Allah akan ada tindakan segera diambil oleh agensi berkaitan kerana kita tidak mahu kejadian banjir berulang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Golok
#banjir
#NRECC
#Nik Nazmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan