PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan kehadiran 10,000 pelancong Bangladesh berpendapatan tinggi ke negeri ini tahun ini.
Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, usaha sedang dilakukan bagi menarik kemasukan pelancong dari negara itu menerusi kerjasama dengan pemain industri mereka.
"Saya difahamkan kira-kira 3,000 pelancong Bangladesh pergi ke Thailand setiap bulan dan 1,000 pergi ke Singapura sedangkan kadar pertukaran wang negara kita lebih rendah.
"Jika mereka mampu pergi ke Singapura mereka mengapa hanya 500 saja rakyat negara itu yang datang Malaysia. Jadi kita perlu ambil peluang menarik kehadiran pelancong dari sana," katanya.
Beliau berkata demikian ditemui selepas Memorandum Persefahaman (MoU) dilakukan antara antara Persatuan Hotel Negeri Sembilan (MAH) dengan ejen pelancongan terkemuka di Bangladesh iaitu, Cosmos Holiday Bangladesh, di sini, Jumaat.
Ia disempurnakan oleh Pengerusi MAH Negeri Sembilan Haziz Hassan dan Pengarah Urusan, Cosmos Holiday Bangladesh, Sabbir Ahmed.
Menurutnya, beliau mendapati salah satu faktor kekurangan pelancong dari negara terbabit disebabkan masalah permohonan visa yang mengambil masa agak lama untuk diluluskan berbanding negara jiran yang hanya mengambil masa tiga hari.
Sehubungan itu katanya, beliau akan berbincang dengan pihak berwajib bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Saya rasa masalah timbul kerana mereka gunakan kriteria yang sama untuk visa pekerja dengan visa pelancong.
"Saya akan cuba berbincang dengan pihak berkenaan supaya dapat digunakan satu kriteria berlainan terutamanya untuk pelancong berpendapatan tinggi atau berprofil tinggi ini bagi menggalakkan lebih ramai yang datang ke Negeri Sembilan khususnya Port Dickson," katanya.
Tambahnya, sebagai permulaan kira-kira 160 pelancong dari negara itu akan datang ke Negeri Sembilan dijangka pada Mei ini menerusi komitmen daripada Cosmos Holiday Bangladesh.
Ujarnya, mereka difahamkan akan turun di Lapangan Terbang Melaka dan terus ke Port Dickson untuk aktiviti bermain golf.
"Keunikan dan kelebihan negara kita kerana mesra Muslim dan kebanyakan rakyat negara itu pula beragama Islam.
"Selain itu saya juga dapati mereka berminat dengan pelancongan perubatan dan pelaburan," katanya.
Dalam pada itu beliau berharap stigma negatif terhadap rakyat negara terbabit perlu diubah kerana bukan semuanya begitu.
Ini kerana katanya, ada antara mereka yang berpendidikan tinggi dan jauh berbeza dengan gaya hidup pekerja asing yang biasa dilihat di negara ini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 23 2024
Nicole (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Haziz dengan Sabbir. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Tumpuan kini kepada industri bernilai tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat wanita kembali bernyawa, sempat hidup semula lima jam
Wanita itu dibawa ke hospital berhampiran, namun menghembuskan nafas terakhir kira-kira lima jam kemudian.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Jun 2024
Bersempena dengan sambutan Hari TVET Negara 2024, ikuti siaran luar #AWANIPagi jam 7:30 pagi bersama Dr Mohd Faizal Tokeran, Ketua Sekretariat MTVET.
TVET Pilihan Utama Kerjaya #TVET2024
TVET Pilihan Utama Kerjaya #TVET2024
PBB senarai hitam Israel sebagai pesalah global 2023
Wakil PBB Israel Gilad Erdan pula, menyifatkan keputusan itu sebagai satu keputusan yang memalukan.
AS bina semula jeti sementara di Gaza untuk bantuan kemanusiaan
Bantuan kemanusiaan akan dihantar menerusi jeti terapung dalam tempoh beberapa hari.
Azalina pimpin delegasi Malaysia ke Australia kajian empirikal peranan peguam negara
Datuk Seri Azalina Othman Said mengetuai delegasi Malaysia ke Australia untuk kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, termasuk perbincangan dua hala.
Perang Israel di Gaza: 36,000 terbunuh dalam 8 bulan
Konflik berdarah di Gaza selama lapan bulan mengorbankan lebih 36,000 nyawa. Serangan terbaharu Zionis turut mengenai sekolah PBB, mengakibatkan 40 maut dan 221 cedera.
Jualan Mega Malaysia kini kembali dengan diskaun hingga 85 peratus
Inisiatif yang dilaksanakan menerusi Tourism Malaysia itu adalah bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah utama.
Pengarah syarikat swasta rugi RM1.2 juta
Seorang pengarah syarikat swasta mendakwa kerugian RM1.2 juta akibat diperdaya kakitangan sebuah institusi kewangan yang menawarkan peluang pelaburan menerusi skim simpanan tetap yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan.
Putin: Rusia ada hak bekalkan senjata kepada negara musuh barat
Presiden Vladimir Putin tegaskan Rusia tidak bekal senjata jarak jauh kepada negara ditekan Barat, namun berhak jadi pembekal kepada musuh-musuh Barat.
N.Sembilan sasar kehadiran 10,000 pelancong Bangladesh tahun ini
Nicole Tan Lee Koon berkata, usaha sedang dilakukan bagi menarik kemasukan pelancong dari negara itu menerusi kerjasama dengan pemain industri mereka.