NUJ Utusan Melayu: 'Bukan senang nak bersihkan taik'

Masyarakat  umum  sedia  maklum  dalam  keadaan  ekonomi  sekarang  kebanyakan  syarikat mengalami kerugian dan berpotensi menutup operasi. - Gambar Utusan Melayu
KESATUAN Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia, Cawangan Utusan Melayu (M) Bhd. berdiri teguh di belakang kepimpinan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Dato Noordin Abbas kerana percaya usaha yang dilakukan beliau ketika ini bagi menyelamatkan syarikat.
Dato Noordin dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Dato Aziz Ishak bersungguh-sungguh berusaha  meningkatkan  pendapatan  dan  keuntungan  syarikat  dengan  mencari  sumber pendapatan lain dan tidak bergantung sahaja kepada penjualan akhbar, majalah dan iklan.
'Bukan  senang  nak  bersihkan  taik'  yang  dilakukan  kepimpinan  tertinggi  syarikat  sebelum  ini. Segala kepincangan tersebut tidak perlu diulas panjang lebar. Segala masalah yang dihadapi biar kami tangani sendiri dengan cara kami.
Masyarakat  umum  sedia  maklum  dalam  keadaan  ekonomi  sekarang  kebanyakan  syarikat
mengalami kerugian dan berpotensi menutup operasi.
Bagaimanapun,  Utusan  Melayu  (M)  Bhd.  masih  bertahan  dalam  cuba  mengambil  langkah terbaik  dalam  mengurangkan  kos  operasi  dan  mencari  peluang  perniagaan  baru  tanpa membuang pekerja buat masa ini.
Seperti  masyarakat  umum  ketahui  'Ya  Utusan  Melayu  'Sakit'.  Syarikat  pada  21  Julai  lalu mengeluarkan  surat  pekeliling  mengenai  kelewatan  pembayaran  gaji  bukan  eksekutif  dan  ia menjadi viral di internet.
Sebenarnya  kelewatan  bayar  gaji  yang  berlaku  turut  membabitkan  kakitangan  eksekutif.
Kakitangan  eksekutif  yang  dijadualkan  gaji  pada  24  Julai  (setiap  bulan  tarikh  sama)  dibayar
lewat pada 29 Julai.

Kenyataan NUJ Utusan Melayu yang dikeluarkan pada hari ini.
Manakala kakitangan bukan eksekutif yang dijadualkan gaji 30 Julai (setiap bulan) dibayar lewat pada 5 Ogos.Kesatuan berharap masyarakat tidak bersangka buruk dan mempercayai dakyah pembangkang yang memburukkan Utusan Melayu (M) Bhd dan UMNO membabitkan keadaan yang berlaku.
Kesatuan  menyokong  seruan  Presiden  Kelab  Veteran  Utusan  Melayu  (KVUM),  Dato  Raja
Ahmad Niza melalui laman blog zamkata.blogspot.my yang  menyeru supaya langkah segera diambil  bagi  menyelamatkan Utusan  Melayu ( Utusan  Malaysia) yang  sedang  berada  dalam keadaan "sakit".
Raja Niza dalam tulisannya di Buletin Suara Keramat iaitu suara kumpulan whatsapp bekasbekas wartawan Utusan Melayu telah menyatakan  anggota KVUM seramai 271 orang  amat bersimpati dengan kesulitan  yang dihadapi oleh perkerja-pekerja  Utusan akibat kelewatan pembayaran gaji itu katanya, "kalau peha kanan dicubit,peha kiri  terasa sakitnya.Peha kiri itu adalah KVUM.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

