awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram bereksperimen dengan paparan angka 'Kawan' ganti akaun diikuti di profil
Hujan lebat cetus kerosakan teruk di Pulau Utara, New Zealand
Jawatankuasa Kongres AS undi tahan Clinton, isteri dalam siasatan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah ajak wakil rakyat PKR sumbang bantuan SARA kepada golongan memerlukan

Bernama
Bernama
31/08/2025
20:00 MYT
Nurul Izzah ajak wakil rakyat PKR sumbang bantuan SARA kepada golongan memerlukan
Nurul Izzah menerusi hantaran di Facebook berkata beliau dan Amirudin Shari sudah berpakat melaksanakan langkah itu. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengajak wakil rakyat parti itu dan orang ramai yang berkemampuan untuk pass it forward atau memanjangkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 diterima mereka kepada golongan memerlukan.
Nurul Izzah menerusi hantaran di Facebook berkata beliau dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Ahli Parlimen Gombak sudah berpakat melaksanakan langkah itu pada Ahad.
"RM100 mungkin nampak kecil bagi mereka yang hidup serba cukup. Namun, jumlah ini besar ertinya bagi golongan serba kekurangan. Ia boleh jadi rezeki yang mengenyangkan perut anak-anak dan keluarga tersayang.
"Merdeka bukan sekadar satu slogan, tetapi hasil perjuangan kita bersama. Tiba masanya untuk kita memberi semula kepada rakyat yang hidup dalam kesempitan. Jangan biarkan sesiapa pun tersisih! Setiap orang berhak untuk menikmati hidangan di atas meja mereka," katanya.
Nurul Izzah turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia pada hantaran itu.
SARA RM100 ialah bantuan tunai sekali bayar diberikan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa perlu membuat permohonan dan boleh digunakan di lebih 7,000 premis perniagaan berdaftar seluruh negara sehingga 31 Dis ini.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Facebook
#Hari Kebangsaan
#sara
#Premis perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan