Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar telah meletakkan jawatan sebagai seorang daripada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini.
"Ya, saya mengesahkan bahawa beliau telah menarik diri dari PAC," kata pengarah komunikasi PKR or Fahmi Fadzil ketika dihubungi Bernama malam ini.
Tindakannya dipercayai berpunca daripada keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membenarkan pengerusi PAC Ronald Kiandee kekal jawatan tersebut walaupun anggota Parlimen Beluran itu tidak lagi menjadi anggota pembangkang.
Kiandee yang meninggalkan UMNO tahun lepas untuk menjadi anggota bebas diterima sebagai anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) minggu lepas.
Pada Sabtu, Dr Mahathir berkata Kiandee tidak perlu meletak jawatan kerana manifesto Pakatan Harapan (PH) hanya perkara dasar dan bukan sesuatu yang diinstitusikan atau sebahagian daripada perlembagaan.
Keputusan untuk mengekalkan Kiandee sebagai pengerusi PAC dibantah oleh pemimpin PH seperti Hannah Yeoh dan Nurul Izzah.
Nurul Izzah menerusi posting dalam Facebook beliau hari ini berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara harus dipengerusikan oleh wakil daripada pihak pembangkang supaya akauntabiliti eksekutif dipelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2019

Nurul Izzah meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini. -Gambar fail

AWANI Ringkas: COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 kematian | Khairuddin saman Muhyiddin, Kerajaan Malaysia

Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Rusuhan di Capitol dikhuatiri akan berulang minggu ini, dengan beberapa protes kecil telah dimulakan dalam kalangan penyokong Trump.

"Ada pelajar yang slow learner.." - calon SPM bimbang tahap pencapaian
Ini termasuk keadaan norma baharu yang terpaksa dihadapi pelajar dalam sesi pembelajaran.

Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Usaha penyaluran bantuan ini akan melibatkan penduduk di 11 kawasan termasuk yang berada di kawasan pedalaman.

AWANI Ringkas: PM umum pakej PERMAI RM15 bilion | Kerajaan perluas Geran Khas Prihatin kepada 7 negeri

Vaksin COVID-19: KKM ambil maklum laporan susulan kes kematian di Norway
Autopsi menunjukkan penerima mengalami demam, mual dan cirit-birit yang merupakan kesan advers biasa selepas penerimaan imunisasi.
![AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/29301631761610974651236/1886146_27846248381610974792060_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar Fokus #AWANI745: - Tiga fokus, 22 inisiatif, RM15 bilion untuk Pakej Permai - Proklamasi darurat, saman pemula dikemukakan terhadap Perdana Menteri, kerajaan - Permit, lesen syarikat kuari musnahkan air terjun Tanjung Batu ditahan #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19

Angkat sumpah Biden | FBI arah 25,000 tentera disiasat
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengarahkan kesemua 25,000 anggota tentera di Washington DC menjalani pemeriksaan keselamatan. Ini susulan kebimbangan pihak berkuasa serangan dilancarkan dalam kalangan anggota keselamatan pada upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden 20 Januari ini.

Cabar proklamasi darurat bukti Anwar utamakan politik peribadi - MPT Bersatu
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar proklamasi darurat melalui mahkamah jelas memperlihatkan sikapnya yang lebih mementingkan agenda politik peribadi.

Bunuh kucing | Broker wanita mengaku tidak bersalah
Seorang broker wanita, Hah Choy Kheng, 52 tahun mengaku tidak bersalah memukul seekor kucing betina dan anak kucing sehingga mati pada Disember lalu.

Nurul Izzah letak jawatan anggota PAC
Keputusan untuk mengekalkan Kiandee sebagai pengerusi PAC dibantah oleh pemimpin PH seperti Hannah Yeoh dan Nurul Izzah.