KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, berkata beliau kini menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.
"Mohd Hassan telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.
"Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Nurul Izzah berkata, beliau amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.
"Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dukungan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.
"Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh dipimpin oleh Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan.
"Saya berharap khidmat membantu Tan Sri Mohd Hassan berserta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara tercinta.
"Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita," katanya.
Astro AWANI pada 29 Januari lepas melaporkan Nurul Izzah mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu.
Beliau membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama akhbar The Star.
Anwar kemudian menjelaskan bahawa pelantikan Nurul Izzah tidak melibatkan bayaran elaun.
Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat.
Nailah Huda
Sun Feb 12 2023
Nurul Izzah berkata, beliau kini menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican. - Gambar fail
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
PKR rombak kepimpinan di enam negeri
Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan rombakan terhadap Majlis Pimpinan Negeri di enam negeri berkuat kuasa serta-merta.
Liyana Marzuki buat laporan polis, nafi jadi proksi Nurul Izzah
Aktivis, Liyana Marzuki membuat laporan polis berhubung dakwaan yang kononnya beliau menjadi proksi gaji bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
MoF nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana
MoF menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).
Hantaran fitnah: Exco AMK lapor polis terhadap Che’gubard
Satu laporan polis dibuat terhadap Chegubard berhubung kenyataan berunsur fitnah membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.
Shah Firdaus terlepas gangsa, Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlepas peluang membawa pulang pingat gangsa acara pecut individu lelaki Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa.
'Berhentilah bermain politik, umpama cakap tak serupa bikin' - Muhyiddin
Henti bermain politik dan elak budaya nepotisme dalam kerajaan, kata Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Nurul Izzah sahkan bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Anwar
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar pertahan lantikan, tegaskan Nurul Izzah tidak akan salah guna kuasa
Beliau cakna dengan respons daripada rakyat namun sekali lagi menegaskan anaknya itu tidak akan menerima sebarang imbuhan.
Tak salah lantik ahli keluarga jika layak - Mufti Pulau Pinang
Menurut perspektif Islam, dalam menilai sesuatu tindakan atau amalan, sebahagian kita terkeliru antara matlamat dan cara untuk mencapai matlamat.