Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini menyatakan kesediaan beliau untuk memberi penjelasan berhubung pertemuan dengan Jacel H. Kiram baru-baru ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
"Saya ada hak yang termaktub dalam Parlimen. Insyallah saya akan teruskan dengan memastikan ada sesi penerangan dan penjelasan seperti yang dipinta pada awalnya oleh Datuk Seri Azalina," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyarankan supaya Nurul Izzah menggunakan platform jawatankuasa itu untuk membela diri berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah pada 2013.
Dalam pada itu, Nurul Izzah berkata beliau akan memberikan keterangan berhubung pertemuannya dengan Jacel kepada pihak polis pukul 4 petang esok, dan akan membuat kenyataan mengenai perkara itu dan usul larangan beliau memasuki Sabah selepas itu.
"Esok saya akan pergi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan berikan komen terus...di situlah saya akan keluarkan kenyataan (tentang usul Dewan Undangan Negeri Sabah) bersama peguam saya," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul untuk melarang Nurul Izzah dan seorang lagi Naib Presiden PKR Tian Chua masuk ke negeri itu berikutan pertemuan kontroversi dengan Jacel.
Jacel telah memuat naik empat keping gambar pada 9 Nov lepas dalam akaun Facebook beliau yang memaparkan pertemuannya dengan Nurul Izzah dan ia mendapat reaksi kurang senang dari pelbagai pihak di negara ini.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata keputusan DUN Sabah untuk tidak membenarkan Nurul Izzah dan Tian Chua untuk masuk ke negeri itu adalah sangat tepat.
"Jangan marah kerajaan negeri Sabah bila membuat satu keputusan untuk tidak membenarkan mereka masuk ke Sabah kerana apa mereka buat itu betul-betul mengguris (hati) rakyat Sabah," katanya.
Abdul Rahman turut menempelak kedua-dua pemimpin PKR itu yang memberi alasan tidak mengenali siapa individu bernama Jacel.
Bernama
Thu Nov 26 2015
Nurul Izzah sedia bagi penjelasan kepada Jawatankuasa Parlimen - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Kes saman Nurul Izzah terhadap Ismail Sabri mungkin selesai secara baik
Sivarasa berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak, namun ditangguhkan.
Bicara penuh bagi kes saman Nurul Izzah terhadap KPN, Ismail Sabri
Mahkamah berpandangan bahawa saman itu patut dibenarkan untuk menjalani perbicaraan penuh, dan menetapkan 8 Mei, 2017, bagi perbicaraan.
Usul rujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukan secara peribadi - Azalina
Usul tersebut telah dibahas dan diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis lepas dan Nurul Izzah sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membuat penjelasan.
Nurul Izzah dilarang masuk Sarawak sebab tidak patriotik, tidak sensitif
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak berkata Nurul Izzah perlu lebih tahu sikapnya itu melukakan penduduk Sarawak dan Sabah.
Rakyat Sabah terasa hati ada pihak jumpa dalang serangan Lahad Datu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perbuatan itu bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu.
Nurul Izzah sedia beri penjelasan kepada Jawatankuasa Parlimen
Nurul Izzah nyatakan kesediaan beri penjelasan berhubung pertemuan dengan Jacel H. Kiram baru-baru ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Nurul Izzah saman KPN dan Menteri KKLW
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memfailkan saman Ketua Polis Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana menuduhnya sebagai pengkhianat negara.
Demonstrasi gabungan NGO tidak mahu Nurul Izzah, Tian Chua ke Sabah
Kecaman itu berikutan tindakan Nurul berjumpa dengan Jacel Kiram iaitu anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengetuai tindakan pencerobohan ke atas Sabah.
Saya akan berdepan Jawatankuasa Parlimen dengan hati terbuka - Nurul Izzah
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersedia untuk berdepan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.
Nurul Izzah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen
Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuan beliau dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu.