awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usul rujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukan secara peribadi - Azalina

Bernama
Bernama
31/03/2016
03:28 MYT
Usul rujuk Nurul Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bukan secara peribadi - Azalina
Nurul Izzah (kiri) dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan tersebarnya gambar pertemuannya dengan Jacel Kiram. - Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata usul untuk merujukkan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bukan dibuatnya secara peribadi, tetapi oleh kerajaan.
Katanya, usul tersebut telah dibahas dan diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis lepas dan Nurul Izzah sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membuat penjelasan bukannya mempolitikkan isu itu.
"Bagaimanapun, saya terikat dengan Peraturan Mesyuarat 85, oleh itu saya tidak boleh memberi sebarang komen terhadap apa-apa perkara yang masih dalam pertimbangan jawatankuasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Azalina yang juga anggota Parlimen Pengerang mengingatkan Nurul Izzah bahawa beliau juga terikat dengan peraturan itu dan menasihati Nurul Izzah supaya sedar tentang tugas dan tanggungjawab beliau apabila dipanggil oleh jawatankuasa berkenaan.
Beliau mengulas laporan portal berita tempatan berhubung kenyataan Nurul Izzah mempersoalkan sama ada dirinya akan mendapat keadilan daripada jawatankuasa itu kerana Azalina yang mencadangkan supaya beliau dirujuk ke jawatankuasa berkenaan juga adalah anggota jawatankuasa itu yang bakal menentukan nasibnya.
Naib Presiden PKR itu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan tersebarnya gambar pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan buat kali ketiga pada Selasa lepas berkata pendengaran jawatankuasa itu akan diteruskan pada 6 April.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Jacel Kiram
#Jamalul Kiram
#Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
#Lahad Datu
#Nurul Izzah Anwar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan