awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUTP sambut baik penambahbaikan SSDM, tangani beban guru

Bernama
Bernama
01/11/2025
21:00 MYT
NUTP sambut baik penambahbaikan SSDM, tangani beban guru
Aminuddin berkata, sebelum ini guru terpaksa memasukkan ratusan malah ribuan data amalan baik murid ke dalam SSDM, walaupun sistem itu asalnya dikhususkan untuk merekod salah laku murid. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pendidikan mengembalikan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) kepada fungsi asalnya untuk merekod salah laku murid, merupakan langkah tepat yang dapat mengurangkan beban tugas guru.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata, sebelum ini guru terpaksa memasukkan ratusan malah ribuan data amalan baik murid ke dalam SSDM, walaupun sistem itu asalnya dikhususkan untuk merekod salah laku murid.
"Jadi, apabila Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan sistem itu akan dikembalikan kepada fungsi asalnya, kami percaya ini satu berita yang sangat melegakan para guru di seluruh negara," katanya pada sidang media di Konvensyen Suara Guru Malaysia 2025 di sini pada Sabtu.
Terdahulu, Fadhlina dalam ucapan perasmian konvensyen itu, dilapor berkata langkah penambahbaikan itu membolehkan guru memberi tumpuan kepada tanggungjawab utama, khususnya pelaksanaan Kurikulum Baharu Sekolah Rendah dan Menengah pada 2026 dan 2027.
Fadhlina turut dilapor berkata, langkah penambahbaikan itu akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat bagi memastikan pelaksanaan benar-benar membantu meringankan tugas guru.
Aminuddin berkata, pengumuman itu seiring dapatan kajian NUTP yang dibentangkan pada konvensyen itu membabitkan 26 kajian seluruh negara berkaitan isu semasa dan beban tugas guru.
Dalam pada itu, Aminuddin turut merakamkan penghargaan kepada KPM atas pengambilan lebih 10,000 guru baharu termasuk 500 guru bimbingan dan kaunseling yang diharap dapat mengurangkan beban tugas dan kekurangan tenaga pengajar di sekolah.
Beliau berkata, NUTP mencadangkan agar nisbah guru bimbingan dan kaunseling diubah kepada seorang guru bagi 350 murid berbanding 500 murid ketika ini, susulan peningkatan isu disiplin dan pengaruh negatif teknologi serta media sosial dalam kalangan pelajar.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung (Penyelidikan dan Pembangunan) NUTP, Muhammad Ridzuan Idris mencadangkan agar KPM melaksanakan kajian menyeluruh mengenai kesihatan mental guru di seluruh negara bagi membolehkan intervensi yang lebih komprehensif dirangka.
Konvensyen Suara Guru Malaysia 2025, anjuran NUTP dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Universiti Malaya itu menghimpunkan 26 isu utama berkaitan guru termasuk aspek kesejahteraan, profesionalisme dan pembangunan karakter warga pendidik.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sistem Sahsiah Diri Murid
#SSDM
#salah laku
#murid
#guru
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan