awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NVIDIA dijangka atasi Apple sebagai syarikat kedua paling bernilai di dunia

Amanz
Amanz
01/06/2024
04:40 MYT
NVIDIA dijangka atasi Apple sebagai syarikat kedua paling bernilai di dunia
Dengan permintaan pembangunan kecerdasan buatan tinggi, ia sekali gus membuatkan nilai syarikat NVIDIA turut meningkat mendadak kebelakangan ini. -Amanz
NVIDIA kini disasarkan mengatasi nilai pasaran Apple, sekali gus menjadikannya sebagai syarikat kedua paling bernilai tinggi di dunia.
Seperti ramai sedia maklum, NVIDIA menghasilkan cip yang menguasakan pelbagai pembangunan berasaskan kecerdasan buatan kebelakangan ini.
Dengan permintaan pembangunan kecerdasan buatan tinggi, ia sekali gus membuatkan nilai syarikat NVIDIA turut meningkat mendadak kebelakangan ini.
Malah, perkembangan arena teknologi kebelakangan ini dilihat agak selari dengan penawaran NVIDIA – daripada penawaran untuk permainan video, kriptowang, dan kini untuk kecerdasan buatan.
Sebelum ini, NVIDIA sedia mengatasi Amazon dan Google dari segi nilai syarikat, dan nilai sahamnya terus meningkat secara positif setiap hari.
Ini membuatkan ramai penganalisis menyasarkan NVIDIA mengatasi Apple dari segi nilai pasaran syarikat, dan meletakkan ia di tangga kedua, di belakang Microsoft. -Amanz
Topic Berkaitan
#NVIDIA
#Apple
#syarikat kedua paling bernilai tinggi di dunia
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan