awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nyawa polis lebih berharga daripada penjenayah - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2021
02:30 MYT
Nyawa polis lebih berharga daripada penjenayah - Syed Ali
Syed Ali berkata, sudah ramai anggota polis yang terkorban dalam usaha mempertahankan keamanan negara dan ketenteraman awam yang diakibatkan oleh penjenayah. - Foto fail
KUALA LUMPUR:Nyawa anggota pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih berharga daripada penjenayah, kata Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, itu menegaskan, sudah ramai anggota polis yang terkorban dalam usaha mempertahankan keamanan negara dan ketenteraman awam yang diakibatkan oleh penjenayah.
"Pelanggaran peraturan serta undang-undang negara oleh seseorang atau secara berkumpulan dianggap kesalahan atau perbuatan jenayah yang perlu dibanteras habis-habisan.
"Tindakan polis dalam apa juga cara untuk memerangi aktiviti jenayah perlu disokong masyarakat selagi tidak bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP).
"Justeru, saya bersetuju dengan ketegasan Polis Johor yang mempertahankan tindakan pegawai dan anggotanya yang menembak mati empat lelaki dipercayai penjenayah di Batu Pahat, pada Jumaat lalu," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
BACA: Tindakan polis tembak mati empat suspek ikut SOP - Ayob Khan
BACA: Empat mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Batu Pahat
Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan anggotanya menembak mati empat lelaki adalah mengikut SOP dalam usaha mempertahankan diri.
Ayob Khan turut yakin anggotanya mengikut SOP selepas suspek melepaskan tembakan dan mencederakan seorang pegawai dengan senjata kerambit dalam kejadian jam 3.15 pagi Jumaat itu.
Dalam pada itu kata Syed Ali, Ayob Khan yang berkata bahawa anggotanya bertindak demikian untuk mempertahankan diri, tidak perlu dipertikaikan.
"Saya hairan kenapa ada pihak tertentu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikaikan tindakan Polis Johor itu dan apakah sebaliknya mereka mahu melihat polis yang dibunuh?
"Saya pelik kenapa NGO berkenaan dikatakan telah menggesa Ayob Khan merujuk semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) mengenai SOP melepaskan tembakan ketika menahan suspek," soalnya.
Dalam hal itu, beliau menggesa kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat dan seterusnya mengharamkan mana-mana NGO yang dilihat mempunyai kecenderungan bersimpati dan membela kegiatan kumpulan penjenayah bagi mengelak kekeliruan masyarakat.
"Pada saya, polis mempunyai tatacara dan kaedah mereka sendiri dalam menjalankan tugas terutama menangani isu penjenayah dan masyarakat pula tidak sewajarnya mempertikaikan tanpa asas yang munasabah," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Syed Ali
#PDRM
#KDN
#NGO
#SOP
#polis
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan