awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NYJC bangunkan generasi wartawan peduli alam sekitar

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
22/05/2023
04:59 MYT
NYJC bangunkan generasi wartawan peduli alam sekitar
Antara lain, peserta NYJC didedahkan kepada pengetahuan pelaporan berita alam sekitar serta perkongsian pengalaman pada hari pertama, diikuti sesi 'news pitching' secara berkumpulan pada hari kedua. - Foto ihsan NYJC
SHAH ALAM: Konvensyen Wartawan Muda Kebangsaan (NYJC) edisi kedua terus cakna dalam mengetengahkan isu relevan mengenai kelestarian alam sekitar sejagat kepada bakal graduan bidang kewartawanan dan media.
Konvensyen anjuran pelajar tahun akhir Program Kewartawanan, Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, mengumpulkan lebih 60 pelajar daripada universiti dalam dan luar negara.
Menurut ketua projek, Daniel Isqandar Ahmad Bakri, konvensyen kali ini membariskan panel-panel yang mempunyai kepakaran dalam laporan berita mengenai isu alam sekitar.
“Isu yang dibawa oleh NYJC kali ini juga amat bertepatan dengan permasalahan masyarakat yang negara dan dunia sedang alami dan hadapi,
“Iaitu, bagaimana media boleh memainkan peranan penting dalam membuat laporan yang tepat dan memberi maklumat mengenai permasalahan ini.
"Contohnya, kesan perubahan iklim, isu pencemaran dan apa itu SDG, adalah penting,” katanya.
Berlangsung selama dua hari bermula Sabtu lalu (20 Mei), program ini turut membariskan ahli panel yang terdiri daripada pengamal media berpengalaman, termasuk Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) Farrah Naz Karim, penulis media digital Mohammad Athir Ismail, wartawan penyiaran Media Prima, Juliana Sharin, wartawan NST Aliza Shah dan pemenang anugerah Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang MPI-Petronas Yao-Hua Law.
Peserta konvensyen juga didedahkan dengan pengetahuan pelaporan berita alam sekitar serta perkongsian pengalaman pada hari pertama, diikuti sesi 'news pitching' secara berkumpulan pada hari kedua.
Selain itu, menurut penasihat projek Azlinawati Ngainon, NYJC kali ini bukan sahaja mendapat sokongan pihak industri dan alumni tetapi turut menerima usahasama badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dengan mewujudkan kesedaran mengenai pemeliharaan alam sekitar iaitu Malaysia Forest Fund (MFF).
“Bersempena dengan NYJC kali ini, rakan strategik MFF dan kami menganjurkan pertandingan 'Young Environmental Journalist' yang mendapat sambutan hampir 200 penyertaan pelbagai peringkat umur,” katanya.
Menerusi program NYJC, beberapa siri program kewartawanan akan diadakan secara atas talian pada 9 Jun dan 17 Jun depan bersama pakar-pakar industri terlibat.
Topic Berkaitan
#UiTM
#Kewartawanan Hijau
#wartawan peduli alam sekitar
#NYJC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan