awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Objek mencurigakan yang ditemui di perairan Vietnam tiada kaitan dengan MH370

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
09/03/2014
14:54 MYT
Objek mencurigakan yang ditemui di perairan Vietnam tiada kaitan dengan MH370
Objek mencurigakan yang dikenalpasti terapung di pulau Tho Chu, Vietnam oleh pasukan mencari Singapura tidak ada kena mengena dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.
Akhbar Tuoi Tre melaporkan bahawa perkara ini disahkan oleh pasukan mencari dan menyelamat Amerika Syarikat.
Jacky Ly Thang, Ketua Kerjasama Pertahanan Amerika Syarikat di Kedutaan Amerika Syarikat di Hanoi berkata pasukan penyelamat Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa objek itu tiada kena mengena dengan MH370.
Pasukan tentera laut Vietnam dilaporkan telah menghantar sebuah pesawat ke lokasi objek tersebut selepas pasukan pencari Singapura mengesan objek mencurigakan itu terapung 100 kilometer selatan-barat daya pulau Tho Chu di Vietnam.
Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.
Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.
Topic Berkaitan
#hilang
#kl-beijing
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan