awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OceanGate tangguh semua operasi eksplorasi, komersial susulan kecelakaan Titan

Bernama
Bernama
07/07/2023
06:43 MYT
OceanGate tangguh semua operasi eksplorasi, komersial susulan kecelakaan Titan
Keputusan itu diambil selepas kapal selam Titan mengalami ledakan "implosion" ketika melakukan ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic pada 18 Jun. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON: OceanGate pada Khamis menerusi laman sesawangnya mengumumkan bahawa "semua operasi eksplorasi dan komersial" syarikat itu akan ditangguhkan.
Keputusan itu diambil selepas kapal selam Titan mengalami ledakan "implosion" ketika melakukan ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic pada 18 Jun, lapor Agensi Anadolu.
Tragedi itu menyebabkan CEO syarikat dan empat penumpang yang lain terbunuh.
Kapal selam pelancong sepanjang 21 kaki (6.5 meter) itu terputus komunikasi dengan kapal induknya kurang dua jam dalam perjalanannya untuk melihat bangkai kapal Titanic, yang terletak lebih 2 batu (hampir 4 kilometer) di bawah permukaan lautan Atlantik Utara.
Analisis menunjukkan serpihan yang ditemui di dasar laut, kira-kira 500 meter dari bangkai Titanic adalah konsisten dengan letupan ruang tekanan kapal selam itu.
Pengumuman itu menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) multinasional sejak kapal pelancong kecil itu dilaporkan hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Titan
#OceanGate
#kesan terhadap syarikat
#kapal selam meletup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan