awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

O.J. Simpson meninggal dunia akibat kanser

Agensi
Agensi
11/04/2024
16:07 MYT
O.J. Simpson meninggal dunia akibat kanser
O.J. Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat kanser. - Foto AP
LOS ANGELES: Bekas bintang National Football League (NFL) Amerika Syarikat, O.J. Simpson yang pernah terpalit dengan kontroversi pembunuhan berkembar meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat kanser.
Perkara itu dikongsi ahli keluarganya di platform X.
"Dari keluarga Simpson, pada 10 April, bapa kami, Orenthal James Simpson menyerah diri setelah berjuang melawan kanser.
"Beliau menghembus nafas terakhir di sisi ahli keluarga termasuk anak dan cucunya. Dalam tempoh ini, keluarga beliau berharap agar diberi tempoh bertenang dan menghormati privasi mereka," menurut akaun Simpson di sini, pada Khamis.
Setakat ini tiada sebarang maklumat lain termasuk lokasi mendiang menghembus nafas terakhir.
Mendiang yang juga pernah mencatat nama sebagai pelakon itu sebelum ini pernah dibicarakan atas pertuduhan melakukan pembunuhan kejam ke atas bekas isteri, Nicole Brown Simpson dan teman lelaki isterinya, Ron Goldman pada 1995, tetapi didapati tidak bersalah atas tuduhan itu.
Pada 2017 pula, mahkamah membebaskan Simpson dari penjara di bawah parol selepas dikenakan hukuman penjara selama sembilan tahun atas kesalahan terbabit dalam rompakan bersenjata pada 2008.
Topic Berkaitan
#Bintang bola sepak
#O J Simpson
#meninggal dunia
#kanser
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan