JOHOR BAHRU: Golongan orang kurang upaya (OKU) dan penjaga mereka dinasihat untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru Arena Larkin di sini yang akan beroperasi Rabu ini.
Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata pendaftaran menerusi borang Google OKU Sentral perlu dibuat bagi mengelakkan bakal penerima vaksin datang secara jumpa terus atau 'walk-in' terutama dengan berjalan kaki yang mengundang bahaya kepada mereka.
"PPV ini akan dibuka pada 25 Ogos dan ramai telah mendengar tentang pembukaannya. Mereka mahu datang begitu sahaja, tidak boleh sebenarnya kerana PPV ini adalah secara pandu lalu. Sekiranya mereka berjalan kaki ke PPV, kita khuatir ia agak berbahaya.
"Jika mereka datang (secara walk-in), kita akan beri bantuan kerusi roda dan daftarkan mereka. Namun mereka mesti berdaftar untuk diberi bantuan bagi mendapatkan vaksin," katanya ketika melawat Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Johor di sini hari ini.
Ras Adiba, yang juga Pengerusi Bernama, berkata demikian ketika diminta mengulas pembukaan PPV secara pandu lalu khas untuk golongan OKU dan penjaga mereka di negeri itu.
Ahli Dewan Negara mewakili OKU itu berkata PPV khas untuk golongan OKU merupakan yang terbesar di negara serta dunia setakat ini dan telah menerima jumlah pendaftaran sebanyak 3,000 orang.
Selain OKU, tiga ahli keluarga atau penjaga mereka serta warga emas turut menerima vaksin di PPV itu yang akan beroperasi pada setiap Sabtu hingga Khamis dari 9 pagi hingga 5 petang.
Menyentuh mengenai PPV pandu lalu OKU pertama di Sime Darby Plantation Ara Damansara yang mula dibuka pada 16 Jun lepas, Ras Adiba berkata pihaknya menerima maklum balas yang baik terutama dari segi kemudahan dan layanan.
"Keunikan PPV pandu lalu ini adalah cara kami menyantuni mereka. Doktor, pembantu dan petugas-petugas lain termasuk sukarelawan telah diberikan penjelasan terlebih dahulu bagaimana mahu bercakap dalam menyantuni mereka.
"Kita juga ada bilik tenang bagi mereka yang perlu diberikan lebih perhatian. Ada kalanya mereka mungkin berasa agak tidak selesa di dalam kereta kerana terlalu rapat selain ketakutan," katanya.
Golongan OKU dan penjaga mereka yang ingin membuat pendaftaran bagi mendapatkan vaksin di PPV pandu lalu khas boleh melayari pautan https://forms.gle/gVXk6jeAeo8Pru1v6.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021
Ras Adiba berkata PPV khas untuk golongan OKU merupakan yang terbesar di negara serta dunia setakat ini dan telah menerima jumlah pendaftaran sebanyak 3,000 orang. - BERNAMA
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.