awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
21/02/2025
01:30 MYT
OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga. - Gambar ihsan JBPM Sarawak
KUCHING: Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan hipotermia ketika mengalihkan barangan dalam kejadian kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Kampung Siol Kandis, di sini, awal pagi tadi.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, pihaknya dimaklumkan tentang insiden kebakaran tersebut sekitar jam 12.38 malam dan segera mengatur gerak dua jentera dengan kekuatan 25 anggota daripada Balai Petra Jaya, Padungan dan Batu Lintang.
Setiba di lokasi, kata Ling Hii, pasukan mendapati kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
“Pasukan bomba kemudian membentang mengambil masa sekitar 25 minit untuk mengawal keadaan menggunakan enam nozel dan tiga hos 400 meter, yang bersumberkan air jentera,” jelas beliau.
Seorang mangsa yang berusia 20-an, katanya, diberikan rawatan oleh unit EMRS setelah mengalami sesak nafas sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan selanjutnya.
Menurut Ling Hii, kebakaran terssebut menyebabkan 17 penghuni termasuk empat kanak-kanak dan seorang orang kurang upaya tinggal sehelai sepinggang, dan terpaksa menghadapi Ramadan yang bakal menjelma dengan sayu.
Punca kejadian dan taksiran kerugian sedang disiasat pasukan forensik bomba, tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Siol Kandis
#OKU terselamat
#lelaki sesak nafas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan