awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olahraga: Muhammad Azeem cipta rekod peribadi baharu acara 100m

Bernama
Bernama
18/06/2022
21:45 MYT
Olahraga: Muhammad Azeem cipta rekod peribadi baharu acara 100m
Muhammad Azeem meraikan kejayaannya selepas memenangi perlawanan 100 meter lelaki serta memecahkan rekod kejohanan dengan mencatatkan masa 10.28 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2022 di Stadium Perak Ipoh, 18 Jun 2022. --fotoBERNAMA
IPOH: Pelari pecut muda negara Muhammad Azeem Fahmi memperbaharui rekod peribadi dalam acara 100 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2022 pada Sabtu.
Atlet berusia 18 tahun yang digelar 'Usain Bolt Malaysia' itu mencatat masa 10.28 saat (s) untuk mengungguli acara 100m lelaki sekali gus meninggalkan pencabar lain pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Perak di sini semalam.
Catatan itu memperbaharui rekod peribadi 100m berbanding 10.37s yang dicatat sebelum ini sewaktu menyertai Kejohanan Kuala Lumpur Allcomers pada 26 Mac lepas.
"Saya rasa (berada) dalam landasan yang baik untuk saya melakukan persediaan terbaik untuk beraksi pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada Ogos depan.
"Sememangnya saya mencapai sasaran saya hari ini iaitu merekodkan catatan masa di bawah 10.3 saat," katanya kepada pemberita sambil meluahkan rasa syukur dan puas hati dengan kejayaan itu.
Muhammad Azeem turut menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Perak atas kejayaannya memperoleh keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang diumum pada Khamis.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak Khairul Shahril Mohamed.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Usain Bolt
#Muhammad Azeem Fahmi
#Olahraga Terbuka Perak
#Kejohanan Kuala Lumpur Allcomers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan