awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olahraga Terbuka Kazakhstan: Haiqal Hanafi dikesan positif ketika di lapangan terbang

Astro Arena
Astro Arena
15/06/2021
23:42 MYT
Olahraga Terbuka Kazakhstan: Haiqal Hanafi dikesan positif ketika di lapangan terbang
Haiqal (gambar) dan Khairul Hafiz tidak dibenarkan berangkat ke Kazakhstan ketika proses pendaftaran masuk di KLIA. - Foto fail/Astro ARENA
JAGUH pecut negara, Mohd Haiqal Hanafi, terpaksa membatalkan penyertaan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Kazakhstan, bermula Sabtu ini selepas dikesan positif COVID-19.
Lebih malang, rakan sepelatihnya, Khairul Hafiz Jantan, selaku pemegang rekod kebangsaan juga terpaksa menarik diri apabila diletakkan sebagai kontak rapat.
Kedua-duanya tidak dibenarkan berangkat ke Kazakhstan ketika proses pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Insiden itu disahkan ketua jurulatih negara, Mohd Mansahar Abd Jalil, dalam laporan wakil Astro Arena, Bazly Azmi, semalam.
"Saya terima makluman mereka terkandas di lapangan terbang.
"Kami sedang menunggu keputusan sebenar sebab saya masih ragu-ragu.
"Mereka sudah mengambil langkah yang diperlukan seperti ujian calitan untuk bertanding di luar negara.
"Jadi kami tidak dapat menilai prestasi sebenar Haiqal tetapi bukanlah kecewa, cuma perkara ini tidak dijangka.
"Khairul Hafiz juga nampaknya terpaksa dikuarantin dengan Haiqal," katanya.
Mujur baki sembilan lagi atlet negara dibenarkan meneruskan perjalanan termasuk pelari 110m berpagar negara, Rayzamshah Wan Sofian, yang memburu catatan masa terbaik di bawah 14 saat musim ini.
"Saya ingin menguji tahap keyakinan sendiri kerana sudah lama tidak bertanding di peringkat antarabangsa sebagai persiapan Sukan SEA 2021.
"Sasaran saya ialah catatan 13.9s. Misi ke Sukan Olimpik memang mustahil sebab tidak banyak kejohanan dilangsung sejak tahun lalu.
"Tapi saya mahu rampas semula pingat emas yang saya terlepas di Filipina."
Topic Berkaitan
#pecut
#Mohd Haiqal Hanafi
#Haiqal Hanafi
#Khairul Hafiz Jantan
#kes positif
#COVID-19
#kontak rapat
#tarik diri
#kuarantin
#Mohd Mansahar Abd Jalil
#terkandas
#lapangan terbang
#batal penyertaan
#Kazakhstan
#olahraga
#pelari
#Rayzamshah Wan Sofian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan