awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ombak tinggi landa Pulau Pinang

Bernama
Bernama
04/07/2013
12:28 MYT
Ombak tinggi landa Pulau Pinang
Ombak kuat dengan ketinggian lebih 3.5 meter sehingga menyebabkan air laut melimpah di kawasan Padang Kota Lama dan mengenai beberapa kenderaan di kawasan meletak kereta.
Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata fenomena itu dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga esok.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan kegiatan rekreasi laut," katanya di sini Khamis.
Beliau berkata walaupun masih berada pada kategori pertama, nelayan dinasihatkan tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.
Tinjauan di Padang Kota Lama mendapati ombak melepasi benteng sehingga air laut melimpah di bahu jalan.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang Alias Shafie ketika dihubungi berkata ramai nelayan di sebelah tanah besar tidak turun ke laut pagi ini susulan angin kencang dan laut bergelora.
"Saya ada terima aduan di pantai Bagan Ajam, Butterworth berlaku ribut sederhana diselangi hujan awal pagi tadi.
"Justeru saya nasihat para nelayan peka kepada perubahan cuaca dan tidak ke laut dalam keadaan cuaca buruk ini," katanya.
Topic Berkaitan
#ombak tinggi
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan