KUALA LUMPUR: Ketika seluruh dunia termasuk Malaysia sedang bertatih untuk kembali mengatur langkah selepas tersungkur dek bahana varian Delta yang mendominasi pandemik COVID-19, timbul pula perkhabaran tentang strain baharu yang mungkin lebih berbahaya.
Berita tidak enak itu mencetuskan kebimbangan akan kemungkinan perlu kembali hidup di bawah sekatan pergerakan, selain berlaku lonjakan kes yang menyebabkan kesesakan di hospital dan lebih banyak kematian, sedangkan rakyat baru sahaja menikmati sedikit kebebasan.
Ditambah pula Sarawak bakal menghadapi pilihan raya negeri yang telah tertangguh selama berbulan-bulan.
Dikesan oleh saintis di Afrika Selatan pada 24 November lepas, kemunculan varian Omicron membawa bersama pelbagai persoalan yang sehingga kini belum terjawab.
Penyelidik di Institut Penyelidikan Khazanah, Nazihah Muhamad Noor memberitahu Bernama ada tiga perkara yang perlu diambil kira oleh pihak berkuasa dalam mendepani Omicron.
"Kita perlu tunggu dan lihat jika negara-negara yang merekodkan kes Omicron turut mencatatkan peningkatan kes domestik, pertambahan kemasukan ke hospital dan kematian. Kita juga perlu tunggu dan lihat kesan strain baharu ini terhadap keberkesanan vaksin COVID-19 sedia ada," katanya.
Bagaimanapun pakar berpandangan hakikat Omicron diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian membimbangkan (VoC) dalam tempoh yang begitu singkat sudah cukup membimbangkan. Ketika laporan analisis ini ditulis, varian itu dikesan di sekurang-kurangnya 38 negara termasuk Malaysia.
Malaysia melaporkan kes Omicron pertamanya pada 2 Dis lepas, iaitu seorang pelajar berusia 19 tahun yang kembali ke negara ini selepas pulang ke kampung halamannya di Afrika Selatan, namun hingga kini tidak ada bukti menunjukkan berlaku jangkitan dalam komuniti.
LEBIH MUDAH BERJANGKIT?
Berdasarkan laporan berita, ada petunjuk bahawa Omicron sangat mudah berjangkit. Di Afrika Selatan, jangkitan melonjak empat kali ganda pada minggu lepas, dari 4,373 kes pada 30 Nov kepada 16,055 pada 3 Dis. Hanya sekitar 24 peratus daripada populasi di negara berkenaan telah lengkap dos vaksinasi setakat ini, kebanyakannya adalah individu berusia 50 tahun ke atas.
Pakar kesihatan bimbang kerana Omicron mempunyai lebih 50 mutasi dengan 30 daripadanya melibatkan spike protein atau protein pepaku. Sesetengah daripada mutasi itu pula meningkatkan kadar transmisi (kebolehpindahan).
Ahli virulogi dan pakar biologi molekul University of Nottingham-Malaysia Prof Dr Sandy Loh Hwei San berkata proses mutasi berkemungkinan menyebabkan varian itu lebih mudah menjangkiti.
"Apa yang kita dapat lihat di Afrika Selatan ialah kes meningkat secara mendadak, justeru ada kemungkinan varian ini sangat mudah menjangkiti berbanding Delta," katanya.
Menurutnya, sebahagian daripada pakar menjangka kadar transmisi Omicron kira-kira lima kali ganda lebih tinggi berbanding strain asal.
Negara-negara lain juga menunjukkan tanda-tanda serupa.
Di Norway, sekurang-kurangnya 13 orang dijangkiti Omicron selepas menghadiri sambutan Krismas pada 26 Nov lepas dengan angka itu dijangka disemak semula kepada 60 orang.
Di United Kingdom, jumlah kes meningkat sebanyak 50 peratus dalam tempoh 24 jam, iaitu dari 160 kes pada 4 Dis kepada 246 pada hari berikutnya.
Kebarangkalian strain itu mampu melepasi imuniti yang terhasil daripada vaksin dan seterusnya menjangkiti orang lain, terus meningkat. Contohnya, semua yang dikesan dijangkiti Omicron dalam kluster restoran di Norway itu telah lengkap divaksinasi serta diuji negatif COVID-19 sebelum menghadiri jamuan berkenaan.
Negara-negara lain juga melaporkan jangkitan dalam kalangan individu yang lengkap dos vaksinasi. Kes pertama Omicron di Malaysia, iaitu pelajar dari Afrika Selatan itu juga telah lengkap vaksinasinya.
LEBIH BERBAHAYA?
Sekalipun jumlah mutasi menunjukkan kadar transmisi yang lebih pantas, tidak ada bukti tentang ia menyebabkan jangkitan yang lebih teruk.
Setakat ini, tidak ada laporan tentang kematian akibat dijangkiti Omicron dan laporan awal menunjukkan jangkitan adalah kurang teruk berbanding Delta.
Laporan awal mengenai pesakit dijangkiti Omicron yang dikeluarkan oleh Majlis Penyelidikan Perubatan Afrika Selatan (SAMRC) pada 4 Dis lepas, menyatakan data klinikal menunjukkan VoC baharu itu menyebabkan jangkitan yang kurang teruk berbanding varian-varian terdahulu.
Hanya sebilangan kecil pesakit memerlukan bantuan oksigen, mengalami pneumonia atau rawatan rapi. Tempoh dirawat di hospital juga lebih pendek berbanding pesakit yang dijangkiti varian-varian terdahulu.
Bagaimanapun, Dr Fareed Abdullah yang menulis laporan itu pantas mengingatkan bahawa lebih banyak penyelidikan serta masa dan jumlah sampel yang diperlukan untuk mengetahui kedudukan sebenar Omicron.
Katanya kebanyakan pesakit pula merupakan golongan yang berusia 40 tahun ke bawah.
Sementara itu, Dr Loh berkata sekalipun virus tersebut mempunyai banyak mutasi, tidak bermakna kesemua mutasi berkenaan akan bergabung dan membentuk satu virus maut. Ringkasnya, mutasi terbabit mungkin saling "membatalkan" kelebihan masing-masing.
"Virus (RNA) bermutasi dengan kerap, namun belum tentu ia boleh meningkatkan virulens atau menyebabkan gejala teruk," katanya.
Bagaimanapun pakar berpendapat varian itu juga tidak boleh dilabelkan sebagai "lemah" kerana kematian boleh berlaku selepas beberapa minggu dijangkiti COVID-19.
Mereka juga mendapati vaksinasi dan imuniti semula jadi iaitu antibodi yang terhasil daripada jangkitan semula jadi, boleh memberi perlindungan kepada mereka yang dijangkiti Omicron sekalipun boleh menjangkiti orang lain.
BERKESANKAH VAKSIN?
Pakar epidemiologi Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud pula berkata jumlah mutasi varian itu luar biasa tinggi dan dilihat menggabungkan mutasi yang ditemukan pada beberapa VoC lain.
"Beberapa mutasi ini telah disimulasikan di dalam makmal sebelum ini dan mutasi terbabit menunjukkan kemungkinan berupaya mengatasi antibodi yang terbentuk dalam tubuh pesakit yang pulih serta mereka yang telah divaksinasi," katanya.
Masalahnya sekarang ialah mutasi pada pepaku protein.
"Yang membimbangkan kita ialah lebih 30 mutasi ditemukan pada pepaku protein. Kita gunakan pepaku protein untuk menghasilkan antibodi daripada vaksin sedia ada, justeru situasi ini amat membimbangkan, iaitu varian Omicron berkemungkinan dapat melepasi vaksin," kata Dr Loh pula.
Saintis di seluruh dunia sedang menguji keberkesanan vaksin terhadap varian itu dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Namun, berdasarkan laporan berita berkenaan kes-kes awal, kesemua individu lengkap vaksinasi yang dijangkiti tidak menampilkan sebarang gejala atau hanya bergejala ringan, menunjukkan vaksin masih berkesan dalam melindungi daripada jangkitan teruk dan kematian.
Bagi mereka yang tidak divaksinasi pula dan telah pulih daripada COVID-19, kemungkinan besar mereka akan dijangkiti sekali lagi, kali ini oleh Omicron, kata WHO.
Pakar berharap kemunculan varian baharu itu akan mendorong mereka yang tidak divaksinasi mendapatkan pelalian COVID-19 dan mereka yang telah lengkap dua dos vaksin pula akan mengambil dos penggalak.
APA YANG PERLU DILAKUKAN?
WHO menyarankan semua negara agar mengambil langkah-langkah, antaranya memperkukuh sistem pemantauan termasuk pemantauan genom serta sistem pelaporan masing-masing. Badan dunia itu juga menasihati semua negara dan orang awam agar terus mematuhi langkah-langkah pencegahan.
Paling penting ialah vaksin dan dos penggalak, diikuti langkah-langkah farmaseutikal seperti penggunaan dua ubat baharu keluaran Merck dan Pfizer untuk merawat COVID-19, dan langkah bukan farmaseutikal, antaranya pemakaian pelitup muka, menambah baik aliran pengudaraan serta amalan penjarakan fizikal.
Dr Awang Bulgiba yang juga Ketua Jawatankuasa Penasihat Bebas Vaksinasi COVID-19, berkata penduduk lebih bersedia untuk mendepani Omicron kerana ada program vaksinasi, namun menurutnya, masih ada ruang untuk penambahbaikan.
"Dalam menangani pandemik ini, pendekatan yang digunakan oleh pihak berkuasa setakat ini lebih banyak bersifat reaktif, bukan proaktif. Ini menyebabkan kejayaan yang dicapai selepas gelombang kedua terbuang begitu sahaja, namun negara tidak boleh mensia-siakan kejayaan yang diperoleh daripada program vaksinasi," tegasnya.
Menurut beliau, sebaiknya pihak berkuasa melaksanakan pendekatan "keseluruhan kerajaan" yang merangkumi kerjasama sebenar antara sektor, membabitkan pakar luar, lebih telus dalam data dan memulakan analisis data masa sebenar.
Pakar kesihatan juga bimbang kit ujian kendiri COVID-19 yang hanya boleh mengesan jika seseorang dijangkiti COVID-19 mungkin "menyembunyikan" kehadiran Omicron di Malaysia.
Dr Loh berkata adalah penting untuk mengesan kes Omicron bagi menghadapi kemungkinan VoC itu benar-benar lebih berbahaya daripada Delta, atau untuk mengekang penularan.
"Jika tempoh transmisi virus itu lebih lama berbanding varian lain, ini bermakna tempoh kuarantin yang lebih panjang. Justeru, ujian rapid sangat-sangat membantu," katanya.
Buat masa ini, Omicron hanya boleh disahkan melalui penjujukan genom, namun ujian reverse transcription-polymerase chain reaction (RT-PCR) juga boleh menunjukkan sama ada seseorang itu dijangkiti varian tersebut. Sebuah syarikat di Singapura mengeluarkan dua kit ujian yang boleh mengesan Delta dan Omicron.
Nazihah yang merupakan pakar penyelidik dasar kesihatan awam, berkata kerajaan wajar memantau keadaan dan menerima guna kit ujian yang sewajarnya.
Pada masa sama, beliau mengingatkan pihak berkuasa kesihatan agar tidak terlalu menumpukan perhatian pada Omicron, sebaliknya meneruskan dan menambah baik kesemua langkah pencegahan sedia ada.
"Berdasarkan bukti semasa, kerajaan perlu bertindak balas terhadap semua varian membimbangkan yang sedang menular di Malaysia, bukan sahaja Omicron," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Dikesan saintis di Afrika Selatan pada 24 November lepas, kemunculan varian Omicronmembawa pelbagai persoalan yang belum terjawab. - Bernama
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah
Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 diburukkan lagi dengan rancangan Israel.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Perbelanjaan ketenteraan global cecah AS$2.44 trilion tahun 2023
Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm mendedahkan, perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 6.8% kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu AS$2.44 trilion pada 2023, berbanding 2022.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron
Daripada jumlah itu, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).
COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5
Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.
Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu "Eris"
Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.
COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini
Indonesia mengesan lima kes baharu subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat semalam.
Kes COVID-19 dalam negara masih terkawal - Dr Zaliha
Kes COVID-19 di dalam negara ini masih lagi terkawal meskipun berlaku sedikit peningkatan kebelakangan ini dan rakyat tidak perlu panik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.